Tak boleh di nafikan perasaan sedih bakal menyelubungi majlis besar sebgini oleh kerana pesan atau keinginan terakhir dari mendiang yang ingin menyaksikan pernikahan.
Pernikahan merupakan acara bahagia dan akan disaksikan ahli keluarga terdekat. Akan tetapi, pernikahan keluarga selebriti ini punya cerita berbeza. Acara ijab kabul yang menjadi momen bermulanya bahtera rumah tangga justru diwarnai dengan kejadian haru. Mempelai pengantin melangsungkan pernikahan saat suasana duka masih menyelimuti kerana ada anggota keluarga yang pulang ke Ramatullah.
Rasa sedih memang akan menyelubungi mempelai walaupun pernikahan harus tetap berlangsung. Salah satu alasan kuat untuk melangsungkan pernikahan adalah pesan atau keinginan terakhir dari mendiang yang ingin menyaksikan pernikahan. Mereka pun melangsungkan ijab kabul di hadapan jenazah tercinta sebelum disemadika. Berikut kisah tiga keluarga selebriti yang diijab kabul di depan jenazah
1. Adrian Khalif dan Libra Akila
Pasangan selebriti Adrian Khalif dan Libra Akila pada Oktober lalu melangsungkan pernikahannya. Beberapa hari dia sebelum melangsungkan pernikahan, ada hal yang berbeza pada acara ijab kabul pelantun lagu Made in Jakarta itu. Adrian Khalif melangsungkan akad nikah di depan jenazah bapa mertuanya.
Bapa kepada Libra Akila menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama dengan pernikahannya. Proses akad nikah pun berlangsung dengan suasana haru kerana kepergian ayah mertua. Meski begitu akad nikah pasangan ini berjalan dengan lancar. Selepas selesai, jenazah bapanya kemudian disemadikan.
2. Dania, anak penyanyi Andi Meriam Mattalata
Penyanyi era 80-an, Andi Meriam Mattalata menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2010. Kematian penyanyi ini disebabkan oleh infeksi dari luka iaitu seperti bisul. Luka tersebut merebak hingga ke jantung.
Sebelum meninggal, Andi Meriam pernah berpesan kepada anak perempuan tunggalnya bahawa dirinya ingin menikahkan anaknya. Ingin mengabulkan permohonan si ibu, anak perempuannya Andi Meriam pun menikah dengan kekasihnya di depan jenazah si ibu. Dani bernikah dengan Firmansyah Nurdin pada 9 Jun 2010 dengan mas kahwin cincin. Pernikahan dilangsungkan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta lantaran si ibu meninggal di Netherlands.
3. Resiatri Kesnawati, anak Mbah Surip
Anak ketiga dari mendiang Mbah Surip, Resiatri Kresnawati bernikah dengan Syamsuri bin Muhammad Syahri pada 4 Ogos 2009. Ijab kabul tersebut dilakukan saat masih dalam suasana berkabung. Akad nikah tersebut dilakukan di depan jenazah almarhum Mbah Surip, penyanyi yang dikenal dengan lagu Tak Gendong.
Pernikahan berlangsung di Bengkel Teater Rendra dan selepas ijab kabul berlangsung dengan lancar, anak-anak dapat melihat wajah mendiang sebelum dimakamkan.
Sumber Kapanlagi
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.