Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fattah Dan Fazura Akan Umumkan Sesuatu Pada 23 November

by Khai Azfar
November 16, 2017
Share on Facebook

Selepas menyiarkan kisah mengenai desas-desus kononnya pasangan yang sedang hangat bercinta, Fattah Amin dan Fazura sudah bernikah rata-rata peminat ternanti- nanti apakah sebenarnya yang terjadi pada malam Selasa lalu.

Khemah Kahwin Di Rumah Nenek Fazura

Malah pada malam itu bertempat di rumah nenek Fazura, kelihatan khemah yang dihiasi indah bak majlis perkahwinan serta dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua belah keluarga.Walaubagaimanapun pihak media tidak dibenarkan masuk. Tidak menjawab persoalan adakah majlis yang diadakan adalah pertunangan atau perkahwinan, sebaliknya pihak pengurusan mereka mengatakan majlis tersebut merupakan majlis kesyukuran untuk mereka mengerjakan umrah.

Selamat Berlepas Ke Tanah Suci

Pagi semalam, Fattah dan Fazura telah selamat berlepas ke Tanah Suci bersama keluarga mereka untuk mengerjakan umrah. Perkhabaran tersebut telah dikongsi oleh pihak pengurusan Fazura yang mewakili keduap-dua mereka.

“Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan. Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah”

Sidang Media Pada 23 November 2017

Bagi menjawab segala spekulasi hubungan mereka, pihak Fattah dan Fazura bakal adakan sidang media sebaik sahaja mereka sudah selamat tiba di tanah air.

“Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,-Fattah Amin & Fazura”

Apakah yang bakal dikongsi mereka? Kami di murai.my mendoakan agar kedua-dua mereka mendapat umrah yang mabrur serta mengharapkan khabar gembira di sidang media yang bakal diadakan nanti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fattah aminfattzurafazura
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara