Fesyen berkemban yang digayakan oleh pelakon berbakat Sharifah Sakinah ketika menghadiri Majlis Most GLAM 2017 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur malam tadi telah menerima pujian daripada para peminatnya. Rata-rata peminat mengagumi baju yang dipakai oleh Sakinah direka khas oleh pereka fesyen tersohor, Bernard Chandran.

https://www.instagram.com/p/Bbie4pWFnq3/?tagged=mostglam2017

Apa jua yang artis lakukan, pasti ada yang suka dan pasti ada yang benci. Menerusi komen yang kelihatan dalam gambar tersebut, ada juga netizen yang tidak senang dengan cara Sakinah berpakaian. Namun sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, ada sahaja yang tak kena sehingga menuai kecaman netizen.

IKLAN

Apa-apa pun, jom lihat foto-foto artis wanita yang popular dalam drama bersiri ‘Girlfriend Dari Neraka’ ini. Cantik kan?

Kredit Foto: Tiar Zainal