Kecoh juga apabila kerana satu gambar, artis ini dituduh dan dikecam oleh peminat.. Terbaru, netizen atau lebih popular dipanggil Makcik Bawang telah melabel Eyka Farhana sebagai artis yang sentiasa mendapat kontroversi liar.

Nama Eyka bukanlah asing lagi dalam industri hiburan tanah air kerana bakat dan tidak kurang juga cerita panasnya. Jika dahulu pernah dikaitkan dengan video porno seakan-akan wajahnya di Tumblr, kini sekali lagi Eyka menarik perhatian peminat.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia telah memuatnaik gambar bersama abang kandungnya menyambul ulang tahun hari lahir.

Namun, apa yang kurang enak pada gambar tersebut diambil dikatakan seperti di dalam kelab malam. Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen,

IKLAN

“Happy birthday abang @murshid_eunos, Eyka doakan abang panjang umur dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Thank you jadi abang yang baik untuk adik mu ni. Sorry kalau kadang2 eyka buat abang marah or degil kadang2 hehe. . I love u abang manja ❤️ stay comel ok?”

Sky Garden Bali

Ruangan komen gambar itu dibanjiri dengan kecaman netizen yang rata-rata melabel Eyka sebagai kaki club. Menurut murai.my, Club tersebut adalah Sky Garden terletak di Bali, Indonesia.

Namapun nak bercuti dan berhibur di kota peranginan yang terkenal, apa salahnya kan? murai.my berharap agar Eyka sabar dengan tohmahan dan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry