Pose seksi berbikini bagi selebriti Hollywood sudah seperti biasa saja. Namun untuk artis-artis Malaysia, foto-foto mengenakan pakaian mmandi ini masih dapat kecaman netizen dari ‘Makcik Bawang’. Apalagi jika dipamerkan di media sosial.

https://murai.my/13695-sophia-latjuba-seksi-pakai-bikini-7-foto-ini-bikin-ariel-noah-beruntung/

Meski begitu banyak pula selebriti Tanah Air yang memuatnaik gambar foto berbikini. Bahkan bukan sekali, ada yang sering memuatnaik foto berbikini seksi ketika bercuti di pantai atau kolam renang. Nah, berikut ini 5 selebriti seksi berbikini atau pakaian mandi yang dihimpun oleh murai.my dari Instagram.

1. Nadia Brian

Pelakon berbakat dan sedang menempa nama dalam dunia hiburan ini beberapa bulan yang lalu kecoh berpakaian menjolok mata ketika bercuti di sebuah pantai peranginan. Dalam salah satu video tersebut, Nadia sedang menikmati keindahan pantai sambil mengibas rambut dengan mengenakan pakaian mandi berwarna hitam. Lihat video dalam artikel di bawah.

https://murai.my/21596-nadia-brian-tayang-video-seksi-di-pantai-netizen-panas-dingin/

2. Ainul Aishah

Ainul Aishah yang memakai baju seksi dan juga bahagian dada yang terlalu terdedah telah dikecam peminat.  Dikatakan memakai bikini, Ainul tampil mempertahankan dirinya agar peminat tidak terus membuat andaian yang bukan-bukan terhadapnya.

IKLAN

Sebelum ini Ainul sering dihimpit dengan kontroversi pakaian seksi termasuk baru-baru ini dia dikecam kerana memakan pakaian terlalu sendat sehinggakan seluar dalamnya terlihat.

https://murai.my/21483-ainul-aisha-pakai-ketat-sampai-nampak-seluar-dalam/

3. Julia Ziegler

Pelakon Julia Ziegler bersedia sudah lali dengan kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu.

Dalam pada itu, Julia menyifatkan memakai bikini ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu dipertikaikan segelintir pihak.

4. Fasha Sandha

Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia.

Menurut Fasha gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya. Fasha sememangnya terkenal dengan pose-pose manjanya ketika bergambar. Siapa sahaja lelaki yang tergoda dengan kecantikan ibu kepada dua orang anak ini.

https://murai.my/10450-fasha-sandha-tampil-dengan-tubuh-langsing-menggoda/

IKLAN

5. Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah ada berkongsi foto yang menampakkan pakaian dalam beliau (bikini).

Beberapa netizen telah menegur cara beliau berpakaian lebih-lebih lagi umum mengetahui Sakinah baru sahaja menunaikan ibadah umrah. Memilih untuk tidak mempedulikan apa sahaja kritikan negatif netizen, sehingga kini dia masih tampil anggun dan seksi dalam berbagai-bagai acara yang dihadirinya.

Baru-baru ini dia tampil dengan fesyen berkemban ketika menhadiri Majlis Most GLAM 2017 di Kuala Lumpur. Jom lihat penampilan Sakinah ini dalam artikel di bawah.

https://murai.my/25413-perghh-baju-kemban-sharifah-sakinah-dapat-komen-positif-peminat/