Sebelum ini murai.my ada memaparkan artikel mengenai Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu yang mengamuk dalam rancangan realiti di Indonesia, D’Academy Asia musim ke 3.

Salah seorang peserta mewakili Malaysia, Baby Shima gagal mengawal perasaan sedihnya dan turut mengalirkan airmata apabila dimarahi Mas Idayu dengan lantang sekali. Artikel tersebut ada di murai.my seperti di bawah.

https://murai.my/25046-tak-ada-adab-netizen-anggap-mas-idayu-malukan-malaysia/

Disebalik kecaman netizen terhadap Mas Idayu yang dikatakan tidak ada adab ketika mengkritik Baby Shima, namun menerusi laporan dari Utusan Online, sebenarnya mereka berdua tiada masalah.

“Memang Shima dengan Mas Idayu tidak ada masalah pun. Memang itu lah sebenarnya Mas Idayu, nampak garang tapi dia seorang yang lembut dan penyayang.

“Gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram saya hari ini memberi tanda Shima tak ada apa-apa masalah pun dengan Mas Idayu. Secara peribadi Shima memang kecewa dengan persembahan sendiri sebab tidak memuaskan pada malam itu,” katanya yang kini berada di Jakarta.

Baby Shima akui sememangnya dia malu dengan video itu yang kini menjadi tular.

IKLAN

“Saya tidak tahu video ini tular, malu memang malu tapi Shima anggap itu semua sebagai pelajaran dan pengalaman buat diri Shima.

Pada yang tidak tahu, sebenarnya Baby Shima sudahpun menempa nama di Indonesia dengan menghasilkan sebuah lagu di bawah syarikat rakaman di sana. Walaupun di Malaysia dia tidaklah sepopular artis lain, namun di Indonesia dia sudah mempunyai ramai peminat. Di murai.my ada memaparkan artikel mengenai perjalanan seni Baby Shima di Indonesia. Lihat artikel di bawah.

https://murai.my/19007-baby-shima-penyanyi-dangdut-dari-malaysia-makin-popular-di-indonesia/

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry