Rancangan realiti TV di Malaysia bukan sahaja terkenal dan diingati kerana para peserta nya malah percaya atau tidak, rating sesebuah program itu juga bergantung pada juri – jurinya. Mungkin ada yang masih ingat dengan 5 juri ini kerana suatu ketika dahulu dan tidak kurang juga yang terkini, komen mereka telah meninggalkan ‘bekas’ dan masih diingati sehingga ke hari ini. murai.my perkenalkan sekali lagi 5 juri yang sememangnya terkenal dengan ‘mulut laser’ mereka!

1. Roslan Aziz

Beliau sememangya seorang yang tidak ambil kisah. Pada 2013, beliau yang ketika itu menjadi juri tetap rancangan Akademi Fantasia telah mengejutkan ramai pihak apabila menggelar penari latar sebagai ‘beruk’. Sedar akan keterlanjurannnya itu, beliau akui akan kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka.

2. Fauziah Ahmad Daud

Buka sahaja mulut, pasti para peserta ternanti – nanti apakah komen yang bakal diberinya. Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy tidak dinafikan terkenal dengan mulut lasernya. Bukan setakat peserta yang baru bertatih, malah penyanyi Elly Mazlein turut terkena tempiasnya.

3. Paul Moss


Suatu ketika dahulu, nama Paul Moss antara yang menjadi sebutan. Komennya yang ‘tajam’ cukup meninggalkan kesan. Malah ada yang mendakwa Paul Moss kehilangan sesuatu yang besar apabila pernah ‘menolak’ dari senarai peserta One in A Milion. Dan sekarang lihatlah kedudukan Yuna setaraf bintang Hollywood.

IKLAN

4. Adlin Aman Ramli

Bukan sahaja di dalam rancangan, malah di luar juga Adlin Aman Ramli terkenal dengan komen beliau yang cukup mendalam. Di sebalik raut wajahnya yang tenang, tersimpan 1001 kata – kata yang pasti akan membuatkan setiap yang diadilinya ‘makan dalam’

5. Datuk Ramli MS

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Datuk Ramli MS. Sering kali diundang menjadi juri tetap di rancangan realiti TV Malaysia, individu yang lebih mesra sebagai Tok Ram ini juga seorang yang tidak ambil peduli dengan kata – kata netizen dan hanya menjalankan tanggungjawabnya. Malah beliau juga pernah menyindir Dato Seri Vida sebagai gila populariti ketika rancangan Gegar Vaganza sedang berlangsung

6. Mas Idayu

Kontroversi Mas Idayu bermula dari ujibakat Mentor apabila beliau bertikam lidah dengan seorang peserta sehingga memanggil polis untuk menghalau peserta tersebut. Malah penampilannya yang sering kali membawa rotan ketika persembahan Black menunjukkan beliau seorang yang tegas.

https://www.youtube.com/watch?v=twFcvRklQKc&t=153s

Terkini, Mas Idayu sekali lagi menggemparkan industri apabila beliau dikatakan ‘naik hantu’ dengan seorang peserta Malaysia, Baby Shima dimana Mas Idayu selaku juri di pentas Academy D’Asia menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap persembahan Shima. Insiden tersebut telah tular di kedua – dua negara dan rata – rata netizen menzahirkan kekecewaan terhadap perilaku Mas Idayu yang dianggp melampau.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry