Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kongsi Kisah Malam Pertama! Datuk Jalaluddin Hassan Dalam Dilema

by Phic ARMAN
November 21, 2017
KUALA LUMPUR 22 MAY 2017. Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

KUALA LUMPUR 22 MAY 2017. Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Share on Facebook

Datuk Jalaluddin Hassan dan Rapidah Abd Ghani sudah rasmi menjadi pasangan suami isteri. Jalaluddin, 63, dinikahkan abang kepada Rapidah, 44, yang juga penggiat teater, Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300. Lihat artikel dibawah dari murai.my.

https://murai.my/24805-jalaluddin-hassan-dan-isteri-berseri-di-hari-pernikahan-mereka/

Apa yang menarik, menurut artikel dari Utusan Online, Jalaluddin sempat berkongsi cerita ketika malam pertama dengan mengatakan bahawa dirinya menatap mata Rapidah sehinggakan teringat wajah arwah isterinya.

“Saya tengok wajah dia dalam-dalam ketika dia sedang tidur, tak sangka akhirnya dia jadi milik saya. Bila lihat dia, saya teringat wajah arwah isteri saya, Hashimah Mad Ehsan yang telah meninggal dunia setahun lalu. Hampir 15 minit saya dalam keadaan begitu sehingga tersedar yang di depan saya ini adalah insan lain.

Jalaluddin juga akui, semasa dia bersama arwah isterinya turut melakukan perkara yang sama. Romantik kan?

“Dulu masa dengan arwah pun saya buat seperti ini juga sentiasa merenung dia ketika tidur. Tapi kali ini saya mesti terima hakikat yang semuanya sudah berlalu, arwah sudah pergi. Saya tidak mahu membeza-bezakan antara kedua-duanya sebab hati perempuan mudah terasa. Jadi sebolehnya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dia sehingga ke akhir hayat,” katanya pada Utusan.

Sebelum ini, isteri kepada pelawak popular, Johan iaitu Ozlyn ada berkongsi kisah aneh pada malam pertamanya bersama Johan di laman Instagramnya. Siapa yang tak terkejut jika hal dalam selimut mahu didedahkan. Boleh bikin hangat macam ni. Jom kita lihat apa yang dia ingin kongsikan.

https://murai.my/9389-ozlyn-kongsi-cerita-malam-pertama-bersama-johan/

Hal malam pertama bukanlah sesuatu yang pelik untuk dikongsi, cuma janganlah kepada hal yang terlalu peribadi. Kisah dua artis ini boleh dijadikan teladan bukanlah kecaman.

Berbalik pada kisah Jalaluddin, dia juga turut menambah setelah kehadiran Rapidah, rumahnya kembali ceria seperti dahulu semula dengan gelak tawa .

Malah perjalanan aktiviti sehariannya kembali terurus kerana si isteri mengambil tugas mengejutkannya daripada tidur, menguruskan makan minum dan sentiasa memastikan dia mengambil ubat-ubatan tepat pada masanya.

Teringat pula kisah Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella, selepas baru berkahwin seperti artikel di bawah.

https://murai.my/20490-sayang-suami-bella-buat-kopi-campur-madu-buat-engku-emran/

Apa-apa pun murai.my mendoakan Jalaluddin Hassan dan Rapidah berkekalan hingga ke jannah.

Sumber Utusan Online

datuk jalaluddin hassanLaudya Cynthia BellaRapidah Abd Ghani
https://lomp.at/3bjbc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara