Ketika spekulasi perkahwinan Fattah Amin dan Fazura hangat diperkatakan, tumpuan juga diberikan kepada bekas kekasih Fattah Amin. Terdahulu sebelum bercinta dengan Fazura, Fattah telah bercinta dengan Sherry Ibrahim dan Neelofa. Malah kisah percintaan Fattah dan Neelofa seperti ‘trending’ dimana peminat mereka turut menggelarkannya sebagai Lofattah.

Neelofa Marah Kenyataan Diputarbelit

https://murai.my/17201-tak-sangka-selain-neelofa-5-artis-wanita-ini-galas-jawatan-ceo/

Enggan memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai perkahwinan Fattah dan Fazura, sebaliknya Neelofa hanya hanya meletakkan jari di bibir sebagai isyarat tanda kunci mulut.

Akan tetapi selepas keluar artikel berkenaan, Neelofa meluahkan rasa kecewa dan marahnya pada tindakan wartawan sebuah akhbar terbabit yang dianggap memutar belit kenyataannya mengenai isu pernikahan Fattah sehingga bertanyakan dimanakah isu kewartawanan beliau. Nampaknya Neelofa seperti marah benar dengan isu ini.

Sherry Ibrahim Doakan Kebahagiaan Fattah Dan Fazura

Berlainan pula dengan Sherry Ibrahim yang kelihatan begitu positif ketika ditanya mengenai soal pernikahan Fattah dan Fazura.

IKLAN

“Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik. Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing. Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia”

Sebagai info, Sherry dan Fattah mula bercinta sekitar tahun 2014 selepas mula rapat ketika menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah. Mereka kemudian membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2016 kerana sudah tidak ada persefahaman lagi. Apakah yang bakal diumumkan oleh Fattah dan Fazura pada 23 November ini? Sama- sama kita nantikan!