Jatuh Tergolek di ‘Runway’, Model Victoria’s Secret Ini Dapat Tepukan Gemuruh

Mesti Baca

Selama bertahun-tahun, Victoria’s Secret Fashion Show menjadi salah satu pertandingan dalm dunia modeling yang menarik perhatian seluruh dunia. Tak hairanlah bila mengendalikan harus serba sempurna, termasuk cara para model yang mengatur langkah berjalan di atas runway.

Malangnya, salah satu model Victoria’s Secret tak bernasib baik dalam acara fashion show tahun ini. Dia dikenali sebagai Ming Xi, model 28 tahun berasal dari China.

Model dari China, Ming Xi berjalan di atas pentas memperagakan koleksi pakaian dalam di Victoria’s Secret Fashion Show 2017 di Shanghai, Isnin (20/11). Ming sempat tergelincir dan jatuh tersungkur di catwalk.

https://www.youtube.com/watch?v=uhC_Yp7umLE

Ming Xi jatuh tersembab saat membawakan koleksi lingerie Victoria’s Secret.

Menurut E! News, awalnya, Ming Xi berjalan dengan lancar ketika dia keluar dari belakang pentas. Dia sempat melambai-lambaikan bahagian ekor kostumnya yang terbuat dari kain tipis nan panjang.

Namun bahagian ekor ini pula yang membuatnya terbelit dan terpeleset hingga jatuh bdi atas lantai runway. Dia kembali bangkit dan berjalan di runway, tanpa kehilangan senyum manisnya. Ia pun mendapat tepuk tangan dari para penonton Victoria’s Secret Fashion Show yang melihat sikapnya ini.

Kalau di Malaysia, ada juga selebriti yang merasai pengalaman seperti ini. Misha Omar, Jaclyn Victor, dan Adira pernah jatuh di atas pentas semasa persembahan. murai.my pernah memaparkan artikel tentang bagaimana Adira sampai dua kali terjatuh di pentas.

Sumber E!News

Terkini

Lebih Dari 1,000 Aduan Mahu Persembahan Grammy Cardi B Dan Megan Thee Stallion Dihentikan

Cardi B dan Megan Thee Stallion membuat persembahan lagu hit no.1 mereka, "WAP" pada Anugerah Grammy pada Mac 14...

Artikel Berkaitan