Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Heboh Spekulasi Fattah Amin Dan Fazura Bakal Bersanding Disember Ini

by Khai Azfar
November 22, 2017
Share on Facebook

Lagi mengenai Fattah Amin dan Fazura. Walaupun berbaki hanya sehari sahaja lagi sebelum sidang media diadakan oleh pasangan Fattzura ini, timbul lagi cerita terbaru mengenai mereka yang seperti mengesahkan bahawa mereka sudah pun bernikah.

Majlis Bersanding Disember Ini

Menerusi sumber yang diperolehi dari Harian Metro, ada sumber rapat dari Fattah dan Fazura mengatakan bahawa mereka bakal mengadakan majlis persandingan pada pertengahan bulan Disember depan.

Malah, murai.my difahamkan majlis persandingan khas buat peminat mereka akan diadakan di Palace of the Golden Horses sebagai penaja manakala majlis untuk keluarga kedua-dua belah pihak pula diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Satu lagi perihal yang anda perlu tahu, sidang media esok akan diadakan di Hotel Royale Chulan, jadi spekulasi ini juga seperti satu kebetulan.

“Saya difahamkan hotel berkenaan akan menaja persandingan Fattah dan Fazura yang diadakan khusus untuk peminat. Bentuk penajaan merangkumi penyediaan lokasi dan makanan. Manakala, majlis persandingan membabitkan keluarga, rakan artis,segelintir media yang rapat dengan pasangan ini akan diadakan di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Saya rasa ada sebab kenapa pernikahan itu dirahsiakan sekiranya ia benar berlaku. Mungkin mahu memastikan keselamatan dan kelancaran majlis. Mungkin juga Fattah dan Fazura termasuk keluarga masing-masing mahukan sebuah majlis yang privacy tanpa membabitkan orang luar.”

Ucapan Tahniah

Meskipun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh mereka, ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di Instagram Fattah dan Fazura. Dalam perkembangan lain, pengurus kepada Fazura, Iman Tang juga enggan memberikan sebarang komen mengenai pernikahan tersebut dan apa pun buat peminta FattZura sama-sama kita nantikan pengumuman pada sidang media khas esok.

Error happened.
[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Ernie Zakri & Syamel 'Borak Kacip'-"Ni Baru Sekufu"
fattah aminfattzurafazura
https://lomp.at/1gi36
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara