Beginilah Bra Bernilai RM10 Juta di Victoria’s Secret. Ini Spesifikasinya

8

Setiap tahunnya, acara Victoria’s Secret Fashion Show akan menjadi perhatian orang ramai dan media di seluruh dunia. Bukan kerana model dengan penampilan seksi malah penampakan fantasy bra yang selalu mewah dan glamor pun seakan tak pernah lepas dari pusat perhatian.

Jika tahun lalu fantasy bra dikenakan oleh Jasmine Tookes, kali ini Lais Ribeiro lah yang terpilih menjadi modelnya. Wanita cantik berusia 27 tahun ini terlihat begitu sempurna tatkala melenggang dengan mengenakan bra impian dengan harga tak masuk akal itu.

Fantasy bra tahun ini khabarnya dijual dengan harga mencecah GBP£ 2 juta atau sekitar dengan RM10 Juta. Tertanya-tanya seperti apa penampilan model cantik berasal dari Brazil ini?

Melenggang sempurna di atas catwalk, Lais terlihat mengenakan bra yang diperbuat dari batuan indah seperti safir kuning, blue topaz, dan emas 18 karat. Yang lebih mengejutkan lagi, fantasy bra yang bertema Champagne Night dibuat selama 350 jam.

IKLAN

Kesan mewah nan anggun benar-benar terpancar di penampilan Lais malam itu. Bak seorang dewi, ibu kepada  seorang anak ini juga memakai mahkota daun dan sayap indah berwarna silver.

Memperlihatkan mungilnya tubuh Lais berjaya menjadi primadona dan memukau semua mata para tamu yang hadir di pertunjukkan fesyen ini.

Sumber Daily Mail