Belum sempat reda kes fitnah dirinya ditangkap khalwat, kini timbul isu lain pula. Penyanyi Aiman Tino yang popular dengan Lagu ‘Ku Rela Dibenci’ telah mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan. Mana tidaknya, murai.my sendiri terkejut lihat program TV berbentuk dokumentari popular, Majalah 3 pun membuat liputan mengenai Aiman Tino.

Baru-baru ini, Aiman telah muncul dengan single duet pertama bersama kakaknya, Fara Hezel menerusi lagu Terasa Cinta. murai.my rasa ramai dah dengar lagu ini, peliknya lagu belum panas lagi tapi dah ada kritikan daripada netizen. Lebih menarik kritikan dari artis senior iaitu anggota kumpulan VE, Damian Mikhail.

Khabarnya, Damian menyatakan apa yang dilakukan Aiman itu merupakan satu pencemaran dan penghinaan bagi genre muzik hip-hop. Namun sebaliknya komen dari penyanyi rap terkenal di Malaysia. Menurut laporan dari Utusan Online, Joe Flizzow memuji usaha Aiman menghasilkan lagu yang mempunyai elemen hip hop.

“Saya baru sahaja mendengar lagu nyanyian Aiman Tino ini. Bagi saya itu merupakan lagu rap dan sangat bagus. Sebenarnya saya pernah mendengar lagu rap yang lebih teruk daripada itu.

IKLAN

“Tidak salah Aiman cuba memasukkan elemen rap atau hip hop dalam lagunya. Saya mengalu-alukan mana-mana artis yang mahu mengambil elemen tersebut.

Apa-apa pun anggap sahaja ini kritikan membina. Yang paling penting Lirik video lagu tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik pada 3 November lalu.

Sumber Utusan 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry