Gara-gara gambar ini, pelakon dan hos TV Fahrin Ahmad dikatakan akan berhijrah ke luar negara. Menurut laporan dari BH Online, aktor bertubuh sasa ini berasa lucu apabila netizen beranggapan sebegitu kerana berkongsi foto lesen memandu kenderaan antarabangsa di Instagram.

Tapi sebenarnya tidak! Fahrin hanya memohon permit ini untuk memudahkan dirinya memandu di Jepun bagi sebuah progran yang akan disiarkan Astro TLC.

“Saya sedang terbabit dalam penggambaran program yang akan disiarkan Astro TLC. Antara lain, saya perlu memandu ketika berada di Jepun. Jadi, sudah tentu saya memerlukan lesen memandu antarabangsa.”

IKLAN

“Terkejut dibuatnya apabila ada pihak menganggap saya mahu menetap di luar negara,”

Dalam laporan tersebut juga memberitahu, Fahrin di Jepun selama dua minggu untuk pembikinan program itu dan ia adalah program berbahasa Inggeris bertemakan pelancongan yang lebih menekankan interaksi dengan penduduk tempatan.

Sumber BH Online

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry