Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

7 Penyanyi Remaja Paling Popular Sepanjang 2017

by Khai Azfar
November 26, 2017
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahun 2017 menyaksikan nama – nama penyanyi baru terutamanya mereka yang dikategorikan sebagai penyanyi remaja begitu menyerlah sekali. Ada yang berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan tidak kurang juga yang memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Sebagai mengira detik untuk tirai 2018, murai.my bawakan beberapa penyanyi remaja yang begitu menyerlah sekali pada tahun 2017

1. Aiman Tino

Nama Aiman Tino mula terserlah apabila lagunya Ku Rela Dibenci mula mendapat perhatian meluas sehingga tercalon dalam Juara Lagu 31. Sejak daripada itu, nama Aiman Tino menjadi sebutan di bibir peminat. Lihat saja pencapaiannya kini yang turut melancarkan baju seragam sekolah jenamanya sendiri.

2. Haqiem Rusli

Penyanyi ini tidak dinafikan memang berbakat besar. Mula menempah nama melalui rancangan realiti Idola Kecil seterusnya Mentor Millenia, Haqiem Rusli tidak pernah berputus asa.

Boleh dikatakan semua lagu-lagunya adalah hits dan bukan itu sahaja, beliau juga muncul sebagai artis pertama di Asia yang menggunakan teknologi VR di dalam video klip lagu terbarunya, Jatuh.

3. Wany Hasrita

Meskipun baru muncul dengan beberapa single, kesemua lagunya itu mencuri perhatian peminat. Selain dari menjadi OST untuk beberapa buah drama, Wany Hasrita juga mengejutkan ramai pihak apabila lagunya tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 32

4. Ara Johari

Antara pelajar Akademi Fantasia yang paling berjaya. Selain dari finalis Akademi Fantasia 2016, Ara juga tercalon dalam AJL 32 dan sebelum ini turut menjadi top 12 Akademi Fantasia Megastar

5. Khai Bahar

Bermula dari aplikasi Smule siapa sangka nama Khai Bahar tular dan seterusnya menarik minat syarikat rakaman untuk mengambil beliau sebagai artis rakaman mereka. Bukan itu sahaja, Khai Bahar turut merangkul beberapa anugerah dalam dan luar negara termasuk sebagai Penyanyi Lelaki Popular

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Ernie Zakri & Syamel 'Borak Kacip'-"Ni Baru Sekufu"

6. Ernie Zakri

Ernie Zakri mula mencipta nama menerusi Bintang RTM suatu ketika dahulu. Penyanyi yang berusia 25 tahun ini seterusnya mula menjadi guru vokal kepada beberapa orang penyanyi termasuk pada pasangan duetnya, Syamel yang kini popular menerusi lagu Ada Cinta

7. Syamel

Juga antara pelajar Akademi Fantasia yang begitu menyerlah. Keunikan suaranya ternyata melayakkan dirinya ke pentas akhir AF Megastar dan Juara Lagu 32 tidak lama lagi.

aiman tinoara johariernie zakrihaqiem ruslikhai baharsyamelwany hasrita
https://lomp.at/40fy1
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara