Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Elyana Berhenti Buat Rawatan Kimoterapi. Ini Alasannya

by Khai Azfar
November 27, 2017
Share on Facebook

Tahun 2017 menyaksikan Elyana membuat ‘comeback’ setelah beberapa tahun menyepi. Akan tetapi Elyana bukanlah terus ‘menghilang’ sebaliknya hanya muncul di beberapa undangan majlis dan juga acara.

Elyana Tersingkir Di Gegar Vaganza 4 

Kerinduan peminat Elyana terhadapnya dirinya akhirnya terubat apabila beliau muncul kembali pada tahun ini menerusi Superkaroks KoolFM bersama Intan Sarafina dan muncul juara program itu.

Tidak lama kemudian Elyana menyertai program Gegar Vaganza 4 yang kini sedang berlangsung namun nasibnya tidak begitu baik apabila diumumkan sebagai penyanyi keempat yang tersingkir selepas Ferhad, Raja Azura dan Haida.

Sudah Hampir Lima Tahun Menghidap Kanser

https://murai.my/wp-content/uploads/2017/11/WhatsApp-Video-2017-11-27-at-00.39.45.mp4

Pada penyingkirannya malam tadi (25 November) Elyana turut mengejutkan ramai pihak apabila beliau mengaku bahawa dirinya adalah salah seorang pesakit kanser di tahap empat dan dipercayai menghidapi kanser lymphoma.

Menerusi video temubual bersama Dato Seri Vida, Elyana memberitahu sudah hampir setahun dia tidak menjalani rawatan Kimoterapi kerana terlalu sakit. Kini dia hanya berserah kepada kuasa Tuhan dan dia mengaku Gegar Vaganza banyak memberi kekuatan pada dirinya.

“Kali terakhir saya buat Kimoterapi awal tahun yang lalu. Saya tak tahan jalani rawatan itu dan berserah kepada Tuhan.”

Menerusi laman Instagramnya dua hari lalu, Elyana turut berkongsi gambar set lengkap pengurusan jenazah yang antara lain mengandungi kain kapan di dalamnya.

Status itu membuatkan peminat memberi kata-kata semangat kepadanya yang tidak menyatakan jenis kanser dialaminya.

Malah Elyana turut meminta mereka yang mengalami nasib yang sama untuk tidak mudah mengalah dan lakukan apa sahaja yang mereka mahu. Berita ini sebenarnnya pernah gempar seketika pada tahun 2013, akan tetapi Elyana menafikan khabar berita tersebut dan mendakwa dirinya hanyalah demam dan sakit biasa sahaja.

[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser
Berita mengenai khabar angin Elyana menghidapi kanser pada 2013

Adakah benar ketika itu beliau tidak menghidapi kanser? Pada hemat kami di murai.my mungkin Elyana cuba kuatkan dirinya ketika itu melawan penyakit pembunuh nombor 1 di dunia ini. Dan pada ketika ini, barulah beliau berani untuk mendedahkannya.

murai.my mendoakan Elyana agar terus kuat untuk melawan penyakit ini dan semangat beliau yang kuat seharusnya dicontohi oleh mereka yang turut menderita sakit kanser.

elyanakanserlymphoma
https://lomp.at/jnm8t
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara