Sebak! Selesai sahaja penonton mendapat perkhabaran mengenai pengakuan Elyana menghidapi kanser lymphoma, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih di media sosial hingga ada yang mengalirkan air mata.

Namun lebih mengharukan apabila lagu terakhir yang dinyanyikan oleh ibu kepada seorang anak ini berjudul ‘Sepi’ sebenarnya menggambarkan penderitaan yang ditanggung selama ini. Penyanyi asal Lagu ‘Sepi’ adalah Yuni Shara dari Indonesia. Cuba hayati setiap bait-bait lagu ini.

“Sepi hati terjadi lagi, Mungkin sampai mati aku sepi, Biar senyum hadir di hariku, namun ini hanya ada di bibir, di bibir saja”

Rangkap ini gambarkan perjalanan anak seni. Siapa sangka, sebenarnya sepi hati insan bergelar penghibur walaupun tersenyum di hadapan penonton namun hanya dibibir sahaja. Hakikatnya hanya tuhan saja yang tahu bagaimana Elyana melaluinya.

IKLAN

“Aku ini yang bisa mengerti, walaupun yang lain mau mengerti, Namun berat beban hidupku, biarkan saja, Biar saja hanya ku yang tahu”

Sukar untuk kita mengerti mengapa Elyana harus merahsiakan penyakitnya ini. Namun jika kita fahami rangkap ini, mungkin dia mahu beban ini ditanggung sendiri.

“Sejarah cinta dan hidupku, penuh duri dan banyak ranjau, Butuh kesabaran yang penuh, untuk tetap ku berdiri”

Rangkap ini ada jawapan bagaimana dia melaluinya. Dalam rangkap ini menyampai luahan bahawa dia memerlukan kesabaran untuk terus berdiri dan kuat sehingga hari ini.

“Oh.. ada saatnya ku bicara, bila hatiku telah bulat, Sepanjang ku bisa atasi semua, aku tetap diam”

Ya, akhirnya Elyana bersedia memberitahu pada peminat pada malam penyingkirannya di Gegar Vaganza. Namun dia hanya mampu berdiam agar dia terus kuat melawan segala penderitaannya.

Sebenarnya Elyana dah lama menghidap kanser ini. Oleh kerana beliau begitu berfikiran positif, beliau dapat bertahan daripada kanser tu merebak. Hangat.con dapat doakan kesembuhan buat beliau.

IKLAN

Kanser Lymfoma Boleh Sembuh

Kanser yang dihidapi oleh Elyana merupakan kelenjar getah bening ditemukan di mana saja dalam tubuh, terutama di leher, ketiak, selangkangan, di atas jantung, di sekitar pembuluh darah besar dalam perut. Limfosit juga berkelompok bersama pada limpa, tonsil, dan timus.

Untuk pengetahuan semua, penyakit ini tidak boleh sembuh dengan pembedahan tetapi boleh sembuh dengan rawatan kimoterapi bagi mengecilkan tumor.