Sebelum ini, penyanyi Harris Baba dilaporkan bakal mengambil tindakan ke atas sebuah butik terkenal ibu negara kerana mendatangkan kecederaan pada anaknyan beberapa bulan yang lalu, namun berlainan pula kes kali ini kerana rakannya yang dikenali sebagai Ammar Fikri telah membuat satu laporan polis terhadap penyanyi itu.

Harris Mohon Pulangkan Wang Simpanan

Sebelum ini, Harris Baba pernah mengeluarkan amarannya pada rakan kongsi perniagaannya melalui Instagram nya supaya memulangkan semula wang pelaburan yang telah beliau laburkan untuk perniagaan mereka.

Terdahulu, Harris dan Ammar telah berjanji untuk berkongsi modal dalam perniagaan mereka berasaskan aksesori telefon sebanyak 40% dan 60%. Namun, setelah Harris telah selesai membuat pelaburannya, menurutnya rakan kongsinya dikatakan gagal dari membayar bahagiannya.

Lantaran itu, Harris meminta Ammar untuk memulangkan semula wang yang telah dia laburkan sebelum ini akan tetapi Ammar dikatakan hanya membayarnya separuh sahaja.

Ammar Buat Laporan Polis

Terbaru menerusi berita yang diperolehi dari sumber Utusan Online, Ammar telah membuat satu laporan polis kerana menganggap tindakan Harris itu seperti telah menganiaya dirinya sebagai seorang usahawan muda dengan menyebarkan cerita tidak benar kepada pihak media dan orang ramai.

Tambah Ammar, beliau mengaku bahawa dia dan Harris memang ada membuat perjanjian lisan untuk berkerjasama dalam perniagaan aksesori telefon dan Harris juga telah membuat pembayaran untuk bahagiannya tetapi Ammar meminta tempoh selama tiga hari untuk menjelaskannya.

IKLAN

Terkejut Dituduh Penipu

Menurut Ammar, beliau juga terkejut dituduh sebagai penipu dan meminta wang pelaburannya dikembalikan semula. Mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan keadaan, Ammar memulangkan separuh wang Harris.

Wang separuh itu adalah setelah mengambil kira kos perbelanjaan penggambaran iklan promosi perniagaan mereka, akan tetapi Harris tetap berkeras mahukan Ammar membayar wangnya secara penuh dan oleh itu Ammar meminta tempoh bayaran kepada Harris. Rumit juga kes mereka ini. Tapi bagi kami di murai.my jika ianya melibatkan polis sudah pasti ianya bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.