Pernikahan Okan Cornelius dan Viviane Tjeuw (kini isteri Sammy Simorangkir) telah berakhir sejak dua tahun lalu. Viviane sendiri ketika ini sudah rasmi menjadi isteri kepada Sammy Simorangkir.

Malangnya, kebahagiaan itu terpalit dengan kontroversi dengan sebuah khabar yang kurang enak untuk Sammy Simorangkir dan Okan Cornelius. Salah satu akaun Instagram gosip memuatnaik foto status Sammy di Instagram.

IKLAN

Mantan vokalis Kerispatih itu menuliskan kata-kata bernada negatif tentang diri Okan Cornelius. Bahkan di salah satu statusnya, Sammy Simorangkir tanpa ragu menyebut Okan sebagai penyuka sesama jenis.

“Okan Cornelius itu Homo… jadi begitu ceritanya !! biar ramai tak bertanya lagi.. cukup sekian dan terima kasih,” tulis pelantun lagu “Tulang Rusuk” itu.

Secara terang-terangan, Sammy Simorangkir mendedahkan menagapa Viviane bercerai iaitu kerana Okan yang adalah suka sesama jenis.

“mantan suaminya LGBT ya wajar lah pisah !!! pake nanya..” sambungnya.

Perceraian Okan Cornelius dan Viviane yang berlaku di awal tahun 2015 lalu. Okan dan Viviane menikah pada 13 November 2010. Dari pernikahan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jaden Kornelius Tjeuw.

Sumber Hot Detik

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda