Baru-baru ini pelakon Nazrief Nazri telah mendedahkan siapakah teman wanitanya dan wanita tersebut bukanlah dari kalangan artis seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Majlis Pernikahan Siapa?

Terkini, hangat diperkatakan mengenai Nazrief sudah bertunang ekoran terdapat beberapa ucapan tahniah dari teman rapat di ruangan komen Instagram beliau. Malah sebuah majlis turut diadakan di rumah pakciknya dan Nazrief pula kelihatan segak lengkap berbaju melayu.

IKLAN

“Cerita pertunangan ini hanya salah faham apabila ada antara teman yang hadir di majlis itu memuat naik gambar dan mengucapkan tahniah tanpa menyatakan secara terperinci untuk apa ucapan itu. Ia hanya salah faham sedangkan rakan-rakan mengucapkan tahniah sebab saya dapat bapa baru. Cuma dalam laman Instagram mereka tidak nyatakan dan ayat seperti tergantung.Tambah pula sewaktu majlis berlangsung, saya berpakaian lengkap baju Melayu menyebabkan ramai percaya saya bertunang semalam,”

Belum Mahu Bertunang Mahupun Kahwin

Tambah Nazrief, dia dan teman wanitanya itu belum merancang untuk bertunang mahupun berkahwin dalam masa terdekat walaupun mereka sudah berkenalan hampir sembilan bulan.

“Soal tunang dan kahwin nantilah dulu. Bagi kami stabil dari sudut kewangan. Lagipun Aqma baru saja memulakan perniagaan dan saya sendiri masih mencari tapak untuk mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang seni.Cuma kepada peminat, doakan yang baik-baik buat saya dan Aqma. Selebihnya saya serahkan kepada jodoh,”

Sumber : Harian Metro 

IKLAN