Rossa kembali menghibur penggemarnya di pentas. Kali ini, dandanan yang ditampilkan ibu kepada nak seorang ini nampak luar biasa. Rossa mengenakan gaun panjang hingga mencecah lantai berwarna merah.

Bahagian atas bahunya diangkat hingga menutupi sebahagian kepalanya yang juga dihias dengan aksesori bergemerlapan.

IKLAN

Bila dilihat, gayanya mirip Maleficent atau ahli sihir dalam filem dari cerita dongeng Snow White.

Dengan rasa yakin diri, Rossa mengenakan gaun rekaan pereka fesyen terkenal Sebastian Gunawan. Ia pun meresapi peranannya di atas pentas.

Tak terlihat menyeramkan, Rossa justru tampil mempesonakan. Rossa pun dibanjiri pujian di Instagram yang memenuhi ruangan komen.

IKLAN

Rossa dan Afgan

Terdahulu, hubungan mesra di antara penyanyi Rossa dan Afgan masih lagi menjadi teka-teki peminat. Walaupun hangat diperkatakan, kedua-dua penyanyi popular Indonesia ini menafikan bahawa mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.