Masih lagi mengenai Gegar Vaganza musim ke-4 namun kali ini mengenai busana Aishah yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo di pentas akhir Gegar Vaganza 4 (GV4). Jom saksikan video penjelasan Calvin mengenai idea pakaian yang direka khas istimewa buat Aishah.

Calvin menerusi kenyataan di sebuah portal berita menyatakan hasrat untuk menghadiahkan Aishah busana istimewa untuk digayakan pada pentas final GV4.

View this post on Instagram

Thank you @ceresjewels @calvinthoo

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Kerongsang Di Kepala

Namun ramai yang memuji penampilan Aishah pada malam itu dengan memakai busana warna ungu gelap bergemerlapan. Lebih unik pada rekaan ini adalah kerongsang emas diletakkan di tudungnya.

IKLAN

Penggayaan ini telah mengundang kritikan dari pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie. Menerusi IG story yang dipaparkan, Jovian memuji penampilan Aishah pada malam itu melainkan kerongsang besar itu tidak sepatutnya ada dan kurang sesuai.

“Cantik baju Aishah, namun kerongsang besar itu tidak sepatutnya ditambah pada tudung. Tahniah di atas kejayaanmu”

Pernah Dikritik Netizen

Sebelum, penampilan Aishah pada minggu kedua konsert Gegar Vaganza lalu mendapat kritikan segelintir netizen yang menganggap gaun berwarna merah dipakainya tidak sesuai dengan status dia yang sudah dianggap legenda.

IKLAN

Malah, timbul desas-desus mengatakan, penyanyi lagu Janji Manismu ini tidak mendapat sebarang tajaan baju seperti peserta yang lain namun semua ini hanya spekulasi yang dibuat oleh netizen.