Setelah berjaya mencuri perhatian dalam watak sebagai ketua keluarga di filem Pengabdi Setan, nama Bront Palarae semakin dikenali di Indonesia. Dalam filem terbitan MD Pictures berjudul Ayat-ayat Cinta 2, Bront Palarae berperanan sebagai lelaki Yahudi bernama Baruch. Ternyata untuk memegak watak antagonis itu, dia mengaku banyak kesulitan.

Dalam Ayat-Ayat Cinta 2, Bront Palarae memerlukan untuk berdialog dalam bahasa Hebrew.

Watak Yang Membenci Islam

Bukan sekadar penguasaan bahasa yang menjadi masalah, tapi dia harus bermain emosi. Jadi bukan setakat harus fokus pada bahasa, tapi harus main emosi menggunakan bahasa Hebrew yang memang dia susah untuk pelajari.

IKLAN

Selain itu, Bront Paralae juga merasa kesulitan saat dituntut untuk berperanan menjadi tokoh yang sangat membenci muslim di Eropah.

“Karena Baruch itu seorang yang sangat benci dengan Islam jadi main emosi untuk menaikkan kebencian itu yang sulit,” terangnya.

Pelakon Terbaik Festival Filem Antarabangsa Asean tu mengulas jika timbul skeptikal segelintir pihak apabila beliau melakonkan watak itu kerana Yahudi dianggap musuh umat Islam.

Sumber Liputan6