Pada Mei lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar begitu teruja kerana isteri beliau, Mawar Abdul Karim telah disahkan hamil selepas empat tahun berumah tangga semenjak 10 November 2013.

Mawar juga pernah menjalani beberapa pembedahan serta mendapat rawatan di Klinik Dr Hamid Arshat yang terletak di Bukit Damasansara ekoran mengalami masalah peranakkan sehingga menyukarkan beliau untuk mendapat cahaya mata.

Sejak akhir-akhir ini Fizo juga kerap memuat naik gambar-gambar persiapan sebelum anak sulung beliau dan dijangka Mawar akan bersalin pada bulan Disember 2017 atau Januari 2018. Fizo juga ada bertanya pendapat kepada peminat-peminat beliau apa nama yang sesuai yang perlu diletak untuk cahaya mata beliau.

IKLAN
View this post on Instagram

Cak caaaakkkk baby

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

murai.my mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan pasangan ini dapat menimang cahaya mata perempuan yang sihat wal-afiat, amin.