Terdahulu pernah timbul desas desus mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Redza Rosli bercinta dengan penyanyi popular iaitu Ayda Jebat. Namun kedua-dua mereka ini menafikan, malah sedang mengenali hati budi masing-masing.  Pasangan ini turut menegaskan bahawa mereka tidak lebih daripada teman biasa sahaja.

“Kami mahu terus menjaga hubungan ini. Kalau ada masalah, boleh bincang. Kami faham bila asyik bersama, ada yang suka dan sebaliknya. Pasti akan ada hatters dan fans.

“Saya tidak mahu disebabkan cerita yang bukan-bukan akan merosakkan kerjaya dan kepercayaan peminat. Baik kami fokus pada kerja kerana masing-masing ada komitmen sendiri.” sumber – Media Hiburan

https://www.instagram.com/p/BbPC4Scj6Cn/?hl=en&taken-by=redzarosli

IKLAN

Hubungan kedua-dua selebriti ini bertambah “mesra” serta “intim” selepas mereka berdua tamat pengambaran drama Ku Kirim Cinta. Dan terbaharu, menerusi penelitian murai.my di laman Instagram milik sahabat rapat Ayda Jebat, pasangan ini dilihat berada di butik Frkl21 di Johor Bahru.

Aikk?? Gigih Ayda dan Redza ke Johor Bahru yaa? Apapun, mula-mula memanglah anggap seperti kawan biasa tetapi di masa hadapan siapa yang tahu? Kadang-kadang benda yang kita nafikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan. murai.my mendoakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini dan semoga berkekalan hingga ke jannah, in shaa Allah, amin.