• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Lia Omey Tular Kerana RM 2 Juta!

by Khai Azfar
December 24, 2017
Share on Facebook

Selepas sekian lama tidak bertemu dengan Nur Aliah Bt Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Lia Omey , pertuturannya yang lembut, wajah manis dan cool masih lagi menjadi identiti beliau sekali kali membicarakan apa sahaja.

Ruangan inspirasi kali ini, murai.my mendekati Lia Omey secara up close dan eksklusif bagi ‘membongkar’ rahsia tular kejayaan gadis muda ini yang mula diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas di media sosial.

Gadis 2 Juta!

Terlebih dahulu sebelum memilih figura yang sesuai bagi ruangan ini, kami telah membuat sedikit ulangkaji mengenai siapakah gadis ini. Rata- ratanya menggelarkannya sebagai gadis dua juta dek kerana kejayaannya bergelar jutawan pada usia 25 tahun.

Menerusi temuramah kami,menurut Lia sedikit pun dia tidak pernah terlintas untuk berjaya sehingga sekarang. Hanya dengan berniaga secara atas talian pelbagai gajet seperti monopod sekitar 2014, beliau tekad untuk mencuba mendalami perniagaan lain sehingga berjumpa dengan De’Xandra perfume yang menjadi salah satu ‘darah daging’ nya sehingga ke hari ini.

Pelajaran Dan Perniagaan Sama Naik

Pada usia yang masih muda, Lia sudah menempa nama sejak dia mula-mula berjinak dalam dunia perniagaannya.Dia semakin hari semakin mendapat perhatian umum sehingga dijemput sebagai salah seorang speaker bagi berkongsi kejayaannya dengan masyarakat di luar terutamanya golongan belia. Hairan juga kami, melihatkan usianya yang masih muda, adakah gadis ini tidak peduli dengan pelajarannya?

“ Lia sebenarnya sama sekali tidak akan mengabaikan pelajaran. Sebab bermula di UiTM Arau, Lia belajar segala – galanya. Jadi masa disana, Isnin hingga jumaat Lia sememangnya akan fokus pada pelajaran dan Sabtu Ahad semestinya berniaga. Even kalau ada masa terluang sekali pun Lia tidak akan habiskan masa begitu sahaja dan gunakan untuk perbaiki mutu bisnes Lia..”

Tidak Perlu Tunjuk Kekayaan

Jika sudah mempunyai pendapatan yang begitu besar, acap kali bermain di fikiran adakah beliau turut mempunyai aset yang besar seperti Dato Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat? Benar, lebih mengagumkan, dikala kebanyakan remaja menghabiskan usia muda mereka dengan berhibur dan menggembara, sebaliknya bagi Lia dia kini boleh berbangga dengan memiliki kedainya yang berharga RM 1.8 Juta!

“ Bagi Lia, berniaga bukan untuk menunjuk. Pernah juga ada yang sindir tak nak beli kereta mewah atau rumah banglo ke? Tipulah kalau tak ada semua impian tu. Ketika ini, biarlah lot kedai ini jadi saksi segalanya dimana Lia mahu mereka yang mahu belajar, ingin dapatkan produk – produk De’Xandra datang ke sini dan selesa.”

Pernah ditipu Hampir 100 Ribu!

Tambah stokis De’Xandra nombor 1 di Malaysia ini, dia pernah ditipu hampir 100 ribu akibat terlalu mempercayai rakannya sendiri. Tidak mudah mengaku kalah dan mengenangkan nasib yang dialami, Lia tekad untuk terus maju ke hadapan dan buktinya kini dia boleh berbangga dengan pencapaian- pencapaian yang dimilikinya.

Ketika ditanya apakah rahsianya, cukup hanya dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,tiada apa yang mustahil. 2017 just a perfect year for Lia Omey!

dexandra perfumelia omey
https://lomp.at/h7c80
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul...

Read moreDetails
Inspirasi

Norman Hakim Bangga, Anak Perempuan Tapau Anugerah

by Ayu Kamaruddin
December 22, 2025

Nama Mohamed Norhakim bin Zaidon atau Norman Hakim dan Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi sekali  lagi mencuri perhatian warganet, kali...

Read moreDetails
Inspirasi

Lagenda ‘Driving Home For Christmas’ Kini Tinggalkan Legasi Abadi

by Ayu Kamaruddin
December 24, 2025

Pemergian penyanyi legenda Christopher Anton Rea atau Chris Rea, figura di sebalik lagu Krismas ikonik Driving Home For Christmas, mengundang...

Read moreDetails
Inspirasi

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Hebat Bersama Yayasan Nurjiwa

by Phic ARMAN
December 24, 2025

Penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencuri perhatian apabila Yayasan miliknya, Yayasan Nurjiwa, menerima Anugerah Yayasan Terbaik...

Read moreDetails
Berita

Cinnamon Roll Hasil Tangan Qadejah Dipuji,- ‘Bab Bakery Dia Menang’

by Ayu Kamaruddin
December 23, 2025

Video masakan Cinnamon Roll  oleh Qadejah El Zahra Aliff Syukri atau lebih mesra dipanggil Qadejah, anak kepada pasangan Datuk Seri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore