Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Awal Ashaari Dan AG Sah Tinggalkan Melodi, Janna Nick Pengacara Baru?

by Khai Azfar
December 26, 2017
Share on Facebook

Bercakap mengenai Melodi, siapa sahaja yang tidak kenal dengan rancangan hiburan sensasi khas yang sekian lama bersiaran sejak dahulu. Setiap hujung tahun, pasti penonton akan tertanya siapakah pengacara Melodi pada tahun yang berikutnya. Sebelum ini, antara selebriti yang pernah mengacarakan Melodi adalah Fauziah Ahmad Daud, Saiful Apek, Zizan Razak dan ramai lagi sehingga yang terkini adalah Awal Ashaari dan AG Kool FM.

Awal Dan AG Berundur Dari Melodi

Ahad yang lalu, setelah enam tahun mengacarakan Melodi, Awal mengumumkan pengunduran beliau dari rancangan itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya

“Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri daripada program Melodi setelah hampir enam tahun mengendalikan program ini. Saya mula sedar bahawa saya perlu keluar daripada zon selesa saya dan enam tahun adalah masa cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program.Buat peminat setia Melodi saya memohon maaf sekiranya ada tersalah terkasar bahasa sepanjang kita bersiaran,”

Bukan sahaja Awal, malah rakannya AG turut mengumumkan bahawa dia juga meninggalkan program itu setelah tiga tahun bergelar hos.

Janna Nick Pengacara Baru Melodi

Dalam perkembangan lain, mengenai siapakah pengacara baru yang akan mengambil alih tugas Awal dan AG antara nama yang disebut adalah Janna Nick. Keberangkalian Janna sebagai pengacara Melodi mungkin diambil kira berdasarkan populariti beliau yang kini semakin meningkat. Adakah benar desas- desus tersebut? Dan jika benar, siapakah yang akan bergandingan dengan beliau? Sama – sama kita nantikan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AG Kool FMawal ashaarijanna nickmelodi
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara