Dalam media sosial, heboh di perkatakan yang Iqram Dinzly telah membuat perkara yang seolah-olah menggambarikan dirinya kurang waras.

Selain daripada andaian netizen menganggap Iqram mengalami depression dan ajaran sesat, ada juga yang mengaitkan perubahan Iqram ini berpunca dari najis dadah yang menyebabkan dia berperangai sebegitu. Lagi-lagi dengan perubahan tubuhnya yang semakin kurus menguatkan tomahan tersebut.

https://www.instagram.com/p/BUOAdYtgxBW/?taken-by=iqramdinzly

Salah seorang ini netizen ini telah mendedahkan andaian bahawa perubahan Iqram ini berkemungkinan kesan dari pukulan 0.5 ( Pengambilan dadah jenis Syabu).

Netizen yang dikenali dengan nama Nasir ini seperti berpengalaman merasai kesan dari pengambilan bahan terlarang pada dirinya.

Dia berpendapat, Iqram bukanlah depresi seperti yang diwar-warkan, malah dia jika dilihat pada perlakuannya dalam video Live, Iqram sering kacip gigi yang menguatkan lagi spekulasi dia mengambil dadah.

IKLAN

Menurut dari artikel yang dikeluarkan oleh portal Iluminasi, salah satu dari kesan pengambilan dadah ini adalah, sesetengah orang itu akan mengetap gigi. Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu.

Selain itu menurut laporan yang sama, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Sama seperti yang berlaku pada Iqram Dinzly.

Gigi Rosak Teruk

https://www.instagram.com/p/BZOHJSSAW-r/?taken-by=iqramdinzly

Salah seorang netizen ini telah membongkarkan bahawa sebelum ini Iqram ada menerima rawatan giginya yang telah rosak teruk.

https://www.instagram.com/p/BT2R6zYguNw/?hl=en&taken-by=iqramdinzly

Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh.

Beri Sokongan

Apap-apa pun yang terjadi pada pelakon popular ini, sebagai peminat kita harus memberi sokongan moral, bukanlah menghukum dirinya seolah-olah kita sudah mengambil alih kuasa Tuhan.

IKLAN

Dalam perkembangan yang lain, pengarah terkenal, Erma Fatima juga menyuarakan pendapat beliau di Instagram beliau dengan menidakkan apa yang diperkatakan oleh netizen dan sebaliknya menyatakan beliau yakin bahawa Iqram tahu apa yang dilakukannya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry