• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kenali Qua Rahman, Polis Yang Tular Kerana Kelunakan Suaranya

by Khai Azfar
December 30, 2017
Share on Facebook

Abam Polis Viral! Itulah gelaran yang diterima oleh jejaka ruangan Inspirasi kali ini. Gara-gara menyanyi tanpa sedar dirakam oleh rakannya, nama Qua Rahman antara yang menjadi carian utama netizen di laman sosial.

Siapa sangka Qua atau nama sebenarnya Mohamad Aqwa Anwari Ab Rahman, yang juga berkhidmat sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima populariti secara tiba-tiba kerana kelunakan suaranya yang menyanyikan lagu ‘Dia Milik Orang’ ketika itu.

Tidak Sangka Boleh Tular

Menerusi temubual murai.my bersama Qua, beliau sama sekali tidak menyangka namanya boleh tular dengan begitu sahaja.

https://murai.my/wp-content/uploads/2017/12/WhatsApp-Video-2017-12-29-at-17.08.14.mp4

Malah ketika ditanya, beliau sendiri tidak sedar bahawa nyanyiannya itu telah dimuat naik oleh rakannya di Facebook.

“Saya sebenarnya ketika itu, baru sahaja selesai dari bekerja. Sementara menunggu rakan ke tandas, tergerak hati saya untuk menyanyi lagu Dia Milik Orang yang kini sedang hangat dimainkan di kebanyakan stesen radio. Tidak sangka pula, semasa menyanyi itu, rakan saya sempat merakam saya sedang menyanyi dan kemudiannya dimuat naik di Facebook sehingga tular ke hari ini”

Pernah Bergelar Penyanyi

Untuk pengetahuan anda, Qua sememangnya berbakat sejak kecil lagi. Buktinya, sejurus sahaja tamat persekolahan, beliau telah disunting oleh syarikat rakaman NSR untuk menjadi artis rakaman mereka pada 2010.

Pernah menghasilkan sebuah album yang turut mengandungi 10 buah lagu termasuk tiga lagu nya sendiri, walaubagaimanapun nama Qua yang ketika itu menggunakan nama pentas Aqwa Anwary tenggelam seketika.

“Saya dulu sebelum jadi polis pernah bergelar penyanyi sekitar tahun 2010. Tapi rezeki saya untuk bergelar penyanyi tidak berpanjangan ketika itu mungkin kerana persaingan artis – artis lain. Jadi pada tahun 2015 saya sengaja mencuba nasib untuk menjadi anggota polis dan tidak sangka rezeki saya disini. Jadi polis pun apa salahnya, mana tahu jika ada rezeki untuk bersama – sama band polis pula”

Terkenal Di Kelantan

Tambah jejaka yang berusia 25 tahun ini, kebanyakan mereka di Kelantan mengenali beliau sebagai penyanyi dikir barat yang terkenal.

https://murai.my/wp-content/uploads/2017/12/WhatsApp-Video-2017-12-29-at-17.08.17.mp4

Qua menganggap videonya yang tular ini membantu mengingatkan kembali peminat – peminat dikir barat pada karya nya sebelum ini. Lebih mengejutkan lagi, video yang tular itu bukan sahaja membuatkan namanya dikenali di pejabat malah ahli keluarga turut terkena tempias yang sama sehingga ada yang sanggup datang ke kampung halaman semata – mata ingin berjumpa dengannya.

” Saya pun tak sangka penangan viral ini bukan dekat saya sahaja malah keluarga turut terkena tempiasnya. Sampaikan ada yang sanggup datang ke kampung di Kelantan untuk berjumpa dengan saya, tetapi malangnya saya di Johor sekarang”

Antara Kerjaya Polis Dan Polis

murai.my turut berkesempatan bertanyakan pada Qua mengenai antara kerjayanya sebagai anggota polis dan juga nyanyian memandangkan namanya kini ‘hidup’ kembali dan ramai peminat turut meminta beliau merakamkan lagu.

Baginya, kerjayanya yang terkini adalah menjadi keutamaan dan pada masa yang sama jika diberikan peluang untuk menyanyi, beliau sama sekali tidak akan menolak peluang tersebut. Penangan ‘viral’ tersebut, beberapa orang komposer seperti Eddy Hamid dan Harry Khalifah turut menawarkan diri mencipta lagu untuk Qua. Mendengar kisah ‘perjalanan’ Qua Rahman Jalil ternyata minat dalam bidang seni telah lama tertanam. All the best the singer police!

aqwa anwaryqua rahman
https://lomp.at/ow71f
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

[GAMBAR] Kacak & Jelita! Kenali Abang Ummi Nazeera, Dato Nazreem Musa

by Khai Azfar
July 6, 2018

Jika kita bercakap mengenai pelakon Ummi Nazeera tak dinafikan dia sememangnya cantik dengan gayanya tersendiri! Namun suka untuk kami 'siasat'...

Read moreDetails
Inspirasi

8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam?

by Ayden Mikhael
May 5, 2019

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit serta pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun...

Read moreDetails
Inspirasi

Selepas 9 Tahun, Akhirnya Siti Nordiana Bersedia Dedah Punca Penceraian

by Phic ARMAN
September 10, 2018

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga...

Read moreDetails
Inspirasi

Memang Cantik! Jom Intai Keunikan Lokasi ‘Shooting’ Drama 7 Hari Mencintaiku

by Naddy Joe
July 21, 2020

Anda mesti pernah menonton 7 Hari Mencintaiku yang ditayangkan pada tahun 2016 bukan? Sekarang 7 Hari Mencintaiku 2 masih hangat...

Read moreDetails
Inspirasi

Ramai Merindui 4 Bekas Pembaca Berita Jelita Ini, Ada Yang Bergelar Puan Sri

by Zaidin Albert
February 8, 2019

Selain intipati yang penting dan menarik, wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton. Hal itu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore