Fanatik yang berlebihan pada artis kegemaran memang akan membuatkan seseorang itu nekad. Mereka nekad untuk mengubah penampilan mereka mirip dengan idola masing.
Salah satu cara yang paling ektrim adalah dengan melakukan pembedahan plastik. Seperti lelaki di bawah ini, mereka nekad melakukan operasi plastik demi memiliki wajah yang mirip dengan selebriti pujaan mereka.
1.Joey Essex
Sam Barton yang sangat meminati Joey Essex. Dia rela mmenghabiskan wang beribu ringgit untuk mengubah wajahnya agar nampak seiras dengan selebriti idolanya.
2. Justin Bieber
Tobias Strebel yang rela menghabiskan wang untuk pembedahan plastik demi memiliki wajah yang mirip dengan Justin Bieber. Malangnya dia meninggal dunia pada tahun yang lalu di sebuah motel.
3. David Beckham
Remaja yang berasal dari Britain ini begitu menggilai pemain bola sepak terkenal David Beckham. Malah lelaki bernama Jack Johnson ini juga melakukan pembedahan plastik agar nampak serupa. Namun Jack tidak berjaya menguruskan badan untuk menjadi seperti idolanya.
4. Ryan Gosling
Untuk mendapatkan wajah yang mirip dengan aktor Ryan Gosling, lelaki bernama Nicholas Ryan ini menghabiskan wang sebanyak RM30 ribu untuk kos pembedahan plastik.
5.Kim Kardashian
Uniknya lelaki ini yang sangat menggilai Kim Kardashian. Malah dia rela mengeluarkan wang hingga ratusan ribu ringgit untuk merealisasikan impiannya itu.
6. Ziana Zain
Seman bin Che Wil akan muncul di mana-mana sahaja ada persembahan Ziana Zain. Dia sangat meminati selebriti idolanya sehingga terpaksa mengubah dirinya seperti wanita yang mirip Ziana Zain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.