Menara Berkembar telah menjadi inspirasi untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Rekaan baju unik ini akan dipersembahkan pada pertandingan Miss Universe 2017, di Manila, Filipina, pada 30 Januari ini.

screen-shot-2017-01-06-at-12-41-10-pm

Pemegang gelaran Miss Universe Malaysia 2016 Kiran Jassal akan mempamerkan menara ikonik di pentas dunia melalui jumpsuit yang ditempah khas direka oleh Rizman Ruzaini.

IKLAN

Busana ini turut dihiasai perak dan batu Swarovski direka oleh pereka duo terkenal ini.

Mengulas mengenai idea itu, Rizman berkata menara ikonik itu dijadikan inspirasi kerana sinonim dengan negara dan sekali gus dapat mempromosi nama Malaysia di mata dunia.

Miss Universe 2017 edisi ke 65, di Manila itu akan disertai oleh 110 jelitawan dari negara masing-masing. Peserta bukan saja dilihat rupa paras, malah diuji dari segi kebijaksanaan, persembahan pakaian dan kebudayaan untuk dinobatkan sebagai ratu dunia.

Sumber