• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Pasangan Suami Isteri Ini Mencipta Anak Patung Bayi Mirip Wajah Mereka

by Zaidin Albert
January 9, 2017
Share on Facebook

Anak merupakan satu anugerah yang cukup berharga serta amanah untuk pasangan ibubapa. Anak juga menjadi pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. Sudah menjadi kebiasaan orang bertanya “Bila nak dapat anak?” kepada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, kepada yang bertanya, adakah mereka sedar bahawa persoalan itu kadang-kala mengguris pasangan yang masih menanti kehadiran penyeri rumahtangga?

Beginilah kisah yang dialami oleh sepasang suami isteri ini yang telah berkahwin selama 2 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata. Isterinya Crystal sudah berputus asa dan kecewa kerana sejak kecil lagi dia amat mengimpikan akan kehadiran seorang anak.

image011

Setelah mengetahui Crystal tidak mampu untuk mendapatkan zuriat, maka mereka membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaian yang lain demi menjaga hubungan dan kebahagiaan perkahwinan mereka. Namun mereka enggan untuk mengambil anak angkat, ini kerana mereka mahu anak itu dari hasil mereka sendiri. Justeru, pasangan ini mengambil keputusan untuk mencipta anak patung yang mirip dengan wajah mereka berdua.

Walaupun hanya anak patung, namun bayi boneka yang diberi nama George itu mempunyai mata yang mirip dengan ibunya dan hidungnya pula amat mirip dengan ayahnya Terry Duke. Tarikh kelahiran George dicatat melalui bungkusan boneka yang tiba pada Oktober lalu dan dijual pada harga USD430 atau RM1,930.00.

image007

George dilayan seperti bayi sebenar. Pasangan ini mengajak George berjalan-jalan, memberi hadiah sewaktu sambutan Krismas dan juga diajak berbual seperti bayi biasa yang sebenar. Uniknya juga anak patung ini boleh disusukan dengan susu formula seperti bayi lain. Jika sekali pandang, tiada siapa menyangka yang George hanyalah anak patung.

Walaupun kelihatan aneh, namun pasangan Crystal dan Terry amat bahagia dengan kehadiran bayi tersebut yang telah lama mereka idamkan. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dan bermakna semenjak kehadiran George. Mereka tidak sanggup kehilangan George dan menganggap “bayi” tersebut adalah syurga buat mereka berdua.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..

pasangan-ini-merawat-boneka

sumber

https://lomp.at/vkqpd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

[GAMBAR] Kacak & Jelita! Kenali Abang Ummi Nazeera, Dato Nazreem Musa

by Khai Azfar
July 6, 2018

Jika kita bercakap mengenai pelakon Ummi Nazeera tak dinafikan dia sememangnya cantik dengan gayanya tersendiri! Namun suka untuk kami 'siasat'...

Read moreDetails
Inspirasi

8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam?

by Ayden Mikhael
May 5, 2019

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit serta pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun...

Read moreDetails
Inspirasi

Selepas 9 Tahun, Akhirnya Siti Nordiana Bersedia Dedah Punca Penceraian

by Phic ARMAN
September 10, 2018

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga...

Read moreDetails
Inspirasi

Memang Cantik! Jom Intai Keunikan Lokasi ‘Shooting’ Drama 7 Hari Mencintaiku

by Naddy Joe
July 21, 2020

Anda mesti pernah menonton 7 Hari Mencintaiku yang ditayangkan pada tahun 2016 bukan? Sekarang 7 Hari Mencintaiku 2 masih hangat...

Read moreDetails
Inspirasi

Ramai Merindui 4 Bekas Pembaca Berita Jelita Ini, Ada Yang Bergelar Puan Sri

by Zaidin Albert
February 8, 2019

Selain intipati yang penting dan menarik, wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton. Hal itu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore