Sanggupkah anda untuk membayar RM5 ribu untuk satu kilogram biji kopi istimewa? Bagaimana jika kopi tersebut dari najis seekor gajah?

Ia mungkin kedengaran seperti menjijikkan, tetapi itulah apa yang ada pada menu di sebuah resort di Thailand. Mereka menawarkan kopi Black Ivory, minuman khusus dibuat daripada biji kopi yang dihadam oleh gajah dan dicernakan menjadi najis.

elephant-coffee_2424296k

Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram. Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi berkenaan.

“Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein.

“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan.

IKLAN

1408727430695_wps_1_golden_triangle_thailand_

Kira-kira 8800 biji kopi dipetik bagi setiap kilogram dan 33 kilogram kopi ceri dikehendaki bagi menghasilkan hanya satu kilogram BLACK IVORY COFFEE. Kopi ini jarang ditemui dan paling mahal di dunia.

gajah2

sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry