Sebua akhbar tempatan di Rusia telah berkongsi kisah pakar bedah paling tua di Rusia. Alla Ilyinichna Levushkina, 87, mungkin juga pakar bedah paling tua di dunia. Dia masih menjalankan 100 pembedahan setahun, tanpa sebarang kegagalan.

Setiap hari bermula pada jam 8 pagi dia akan menerima pesakit di klinik. Selepas jam 11 pagi, Alla akan ke hospital untuk melakukan pembedahan.

Alla yang tinggal di sebuah studio apartmen mempunyai lapan ekor kucing sebagai haiwan peliharaan. Apabila dia tidak bekerja, dia akan menjaga anak saudaranya yang kurang upaya.

Alla dianugerahkan dengan Anugerah “Vocation” kerana kesetiaannya terhadap kerjayanya.

“Doktor bukan sahaja satu kerjaya, tetapi satu cara hidup. Apa guna seorang pakar bedah dalam kehidupan, jika bukan untuk berbakti kepada masyarakat?” katanya.

the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina11-768x432 the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina9 the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina6 the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina5 the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina3 the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina1 the-oldest-surgeon-of-russia-is-alla-ilyinichna-levushkina

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry