Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Hangat! Perang Mulut Antara Donald Trump & Arnold Schwarzenegger di Media Sosial

by Phic ARMAN
February 6, 2017
Share on Facebook

Hangat di media sosial apabila berlakunya perang mulut di antara dua Ikon besar ini. Baru-baru ini Arnold Schwarzenegger dengan segera memberi respon ke Twitter untuk bertindak balas terhadap komen dari Presiden Trump mengenai rancangan realiti “Celebrity Apprentice” di National Prayer Breakfast.

Bintang Filem Terminator itu semalam secara berseloroh berkata beliau mahu menghentak muka Presiden Donald Trump ke meja.

Pengacara program realiti The Celebrity Apprentice itu berkata demikian apabila pembantunya mencadangkan agar satu mesyuarat selama satu jam diadakan bersama bekas pengacara program itu pada Jumaat lalu.

“Saya ada memaklumkan pada pembantu, apa yang harus kita lakukan adalah mengadakan mesyuarat dan kembali ke New York, kemudian hentak mukanya ke meja,” Arnold berkata selepas kritikan Trump baru-baru ini yang berkata beliau gagal melakukan tugas dengan baik sebagai Gabenor California atau pengacara program TV.

Pada Jumaat lalu, Trump telah memuat naik satu tweet berbunyi, “Arnold Schwarzenegger memang teruk sebagai Gabenor California dan lebih teruk sebagai pengacara The Celebrity Apprentice. Tetapi tak mengapa, sekurang-kurangnya beliau sudah mencuba!”

terminator-nak-hentak-muka-trump-ke-meja-2

Trump berkata demikian kerana kecewa melihat rating program realiti itu didakwanya menjunam teruk apabila dikendalikan oleh Arnold.

Sebelum ini Arnold teleh memberi respon, mencadangkan agar Trump kembali mengambil alih menjadi pengacara program tersebut dan sebaliknya beliau menggantikan tempatnya sebagai presiden agar semua orang boleh tidur dengan lena.

View this post on Instagram

A post shared by Arnold Schwarzenegger (@schwarzenegger)

“Hey Donald, saya ada idea menarik. Apa kata kita tukar ‘tempat’? Awak ambil alih program realiti TV sebab awak sangat pakar dalam soal rating dan biar saya ambil alih kerja awak (di White House) dan orang ramai akhirnya boleh tidur lena,” katanya.

Sumber

Error happened.
https://lomp.at/vtxf1
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara