Hari Valentines atau Hari Kasih Sayang yang diadakakan setiap tahun pada 14 Februari adalah sebuah hari di mana para kekasih dan mereka yang sedang jatuh cinta menyatakan cintanya di Barat. Kebiasaannya persiapan yang dilakukan oleh sepasang kekasih sepeti memberi hadiah dan makan malam bersama. Tetapi bagaimana pula nasib pada mereka yang masih single?
Seperti lelaki ini, dia tidak perlu bimbang ataupun takut untuk bersendirian pada hari kekasih. Lelaki yang berasal dari Thailand bernama Rain Yokohama ini mendapat idea kreatif supaya orang tidak perasan yang dia tidak mempunyai pasangan.
Rain menghasilkan penipuan foto yang agak kreatif agar orang ramai tidak melihatnya hidup sendiri. Hanya dengan menggunakan kamera telefon dan rambut palsu, lelaki single ini akan terlihat sedang bermesraan dengan seorang wanita.
Melalui foto-foto tersebut kelihatan Rain gigih memegang kameranya sendiri sambil membuat aksi romantik agar dia seolah-olah seperti berdua-duaan dengan seorang wanita. Rain malah terpaksa menggigit telefonnyauntuk mendapatkan gambar yang realistik.
Walaupun ia hanya sekadar hiburan, tetapi usaha gigih ini dapat perhatian orang ramai yang menyifatkan lelaki ini seolah-olah seperti tidak waras. Tetapi bagi penulis ia sangat kreatif.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.