Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suami Semakin Cemburu Selepas Catriona Ross Kembali Langsing

by Phic ARMAN
February 20, 2017
Share on Facebook

Catriona Ross atau nama sebenar Catriona Norhayati Ross Bahrin merupakan seorang pelakon Malaysia kelahiran Melayu dan Scotland. Pelakon berdarah campuran nampaknya semakin menawan dan kelihatan anggun dengan bentuk tubuh yang semakin langsing. Perkara ini telah disedari oleh pengikutnya di Instagram dan memuji bentuk badan Catriona yang semakin langsing. Malah ada yang inginkan tips dan rahsia di sebalik perubahan Catriona ini.

Lebih hangat lagi apabila, Catriona turut mengakui suaminya Shaharuddin Mokhtaruddin semakin cemburu sejak tubuhnya kembali langsing. Menurut Catriona, suaminya juga sering menghubungi Catriona jika dia berada di luar lebih-lebih lagi bersama teman-teman.

“Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang. Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu,” katanya.

Menurut Catriona suaminya seolah-olah cemburu dan sering menghubunginya dengan kerap apabila dia berada di luar dan ingin tahu dengan siapa dia berjumpa sedangkan sebelum ini, ketika dia gemuk dulu tiada pula suaminya kisah.

Namun Catriona menganggap perubahan ketara pada dirinya sebenarnya untuk suaminya juga dan kini dia juga sibuk bersama anak-anak iaitu Sephia Rania, 7; Jamal Raess, 5 dan Edruce Riyadh, 2.

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Viral
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara