Selain menjadi lokasi tumpuan pelancong, Jambatan Golden Gate ternyata juga menjadi spot favorite warga Amerika Syarikat (AS) untuk bunuh diri. Lagi-lagi jambatan ini dibangunkan di atas Lautan Pasifik sehingga ombak boleh menyapu tubuh para pelaku selepas terjun ke bawahnya.

Jumlah tinggi angka bunuh diri itu membuat pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan. Salah satu caranya adalah dengan memasang jaring di bawah jambatan untuk mengelakkan si pelaku jatuh ke lautan.

IKLAN

Sejak dibangun pada 1937, seramai 1,700 nyawa telah terkorban di sana. Sehingga kini, jambatan tersebut sudah dipasangkan jaring-jaring di sepanjang 2.7 kilometer dengan ketinggian 20 kaki di kedua-dua sisi. Namun jaring itu masih bersifat sementara.

There are no photos with those IDs or post 246 does not have any attached images!

Jaring yang terpasang bukan sebarangan, tetapi diperbuat dari stainless steel yang sangat kuat untuk menyelamatkan nyawa.

The Bridge 

Bukan hanya di Jambatan Golden Gate sahaja yang ada kes bunuh diri seumpama ini, di Malaysia juga banyak yang terjadi. Kes mayat dijumpai di sungai ataupun di lautan sudah  biasa kita dengar di dada akhbar tempatan. Ada yang sehingga kini tidak dapat dipastikan identiti mangsa yang terkorban.

Suka untuk kami kongsikan kepada anda mengenai sebuah drama berjudul The Bridge yang disiarkan pada November ini menerusi saluran digital Viu.

Drama lakonan Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff itu berkisar tentang satu mayat yang ditemui di sebuah jambatan sempadan Malaysia dan Singapura. Pertemuan mayat itu membuatkan penyiasat kedua-dua negara terpaksa menjalin kerjasama untuk menyelesaikan kes tersebut.

The Bridge (Bron/Broen) asalnya dicipta dan ditulis oleh Hans Rosenfeldt sebagai produksi bersama Filmlance International dari Sweden, sebahagian daripada Endemol Shine Group dan Nimbus Film dari Denmark. Untuk mengikuti Viu Malaysia sila lawat www.facebook.com/ViuMalaysia atau @ViuMalaysia di Instagram.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda