Dimanakah Safiey Ilias? Itulah soalan yang rata-rata diberikan oleh netizen kerana mendakwa usahawan kosmetik itu seperti mengundang kontroversi tatkala dia dilihat sudah memadam akaun Instagram miliknya beberapa hari yang lalu.

Apa Yang Terjadi Pada 31 Disember?

Nama Safiey mula jadi sebutan apabila dia dikatakan memilih semula untuk kembali menjadi mak nyah.

Kami tidak pasti adakah ianya satu gimik atau sebaliknya kerana beberapa gambarnya sebelum ini seperti melihatkan Safiey ingin menjadi sisi hitamnya sebelum ini.

Sejak itu pelbagai kecaman hebat diterima oleh Safiey kerana sebelum ini dia telah berjanji telah insaf dan nekad akan berubah. Tidak tahan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan, Safiey berjanji pada 31 Disember yang lalu, dia akan membuat satu pengumumuan penting dan menjawab segala tuduhan yang diterima. Sebaliknya tiada pengumuman yang dibuat dan Safiey telah pun memadam Instagramnya.

Dilihat Di Kelab Malam

Lebih mengejutkan, murai.my melalui hasil carian kami di beberapa akaun Instagram milik rakan rapat Safiey termasuk lelaki yang dikatakan teman lelaki usahawan itu dikenali sebagai Carrey Farjery.

IKLAN

Safiey dan rakan-rakannya itu telah bercuti di Langkawi,Kedah baru-baru ini dan mereka turut dilihat berada di sebuah kelab malam di pulau peranginan itu.

Adakah Safiey benar-benar sudah membuat keputusan untuk kembali menjadi Mak Nyah? Jika ya, sudah pasti satu Malaysia kecewa dengan keputusan yang dibuat olehnya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry