[VIDEO] Konsert Sulung Dayang Nurfaizah Lakar Sejarah Di Singapura

7

Ratu R&B negara, Dayang Nurfaizah mengegarkan pentas berprestij Esplanade Singapura menerusi konsert sulungnya bersempena tahun baru 2018.

HangatMalaysia menyaksikan persembahan Dayang menyanyikan lagu-lagu popular semenjak tahun 1996 dimana pembabitan Dayang dalam industri muzik tanah air lebih dari 20 tahun.

IKLAN

Menerusi konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Dayang menyanyikan 25 buah lagu dan mendapat sentuhan muzik pimpinan pengarah muzik dan komposer terkemuka, Jenny Chin. Dayang juga mengenakan tiga rekaan dari ikon fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim dan solekan serta sentuhan dari jurosolek terkemuka, Khir Khalid.

View this post on Instagram

#dayangatesplanadesingapore #2018

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Konsert ini juga meletakkan nama Dayang sebaris dengan penyanyi Malaysia lain yang pernah beraksi di pentas berprestij terebut. HangatMalaysia difahamkan, antara artis yang tempatan yang pernah membuat konsert solo adalah penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ratu Rock Ella dan kumpulan legenda, KRU.

IKLAN

Antara lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini adalah Hakikat Cinta, Seandainya Ada Cinta, Lelaki Teragung, Separuh Mati Ku Bercinta dan Di Pintu Syurga.