Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Baru Sebulan Dibuka, Ruang Acara Milik Faiz Dickie Dipecah Masuk

by Khai Azfar
January 3, 2018
Share on Facebook

Selebriti media sosial, Faiz Dickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz terpaksa berputih mata dengan tragedi yang menimpa apabila ruang acara miliknya, Vilej telah dipecah masuk oleh individu -individu yang tidak bertanggungjawab.

Kerugian Hampir RM4,000

Menurut Faiz di Instagram nya, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kejadian tersebut akan menimpa dirinya.

Di sebalik kegembiraan baru sahaja menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta, dia terpaksa menanggung kerugian berjumlah hampir RM4,000 atas kehilangan pelbagai barangan di ruang acaranya itu.

“Inilah orang kata, you win some, you lose some. Baru nak happy dapat kerja baru, tetiba dapat tau event space abang @vilej_damansara kena pecah masuk ngan perompak durjana.

Dah lah baruuuu sebulan beroperasi then portable speaker yang baru sekali guna pun kene rembat. Yang tak tahan, remote air cond pun kena curi tau! Apooo! Total kerugian almost RM4,000 sebab hilang portable pa, Yamaha audio mixer, karaoke LCD and AC remote.”

Baru Sebulan Beroperasi

Tambah Faiz lagi, ruang acaranya itu baru sahaja sebulan beroperasi di Damansara Perdana, Kuala Lumpur dan dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira 4 petang tadi selepas dimaklumkan seorang daripada kakitangannya.

“Mereka hanya sempat melarikan beberapa barangan saja kerana mungkin tidak mampu untuk mengangkat peralatan lain walaupun mereka menggunakan troli kami untuk dibawa lari”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
faiz dickie
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara