Penampilan selebriti di dunia hiburan memang menarik perhatian ramai orang. Bukan sekadar berbakat dalam lakonan, dalam keusahawanan mahupun suara emasnya, ramai peminat yang mengikuti perkembangan selebriti ini. murai.my perhatikan setiap selebtiti ini memiliki pesona yang membuatkan peminatnya jadi kagum.

Walaupun usianya tak muda lagi, ramai yang tak menyangka usia dari penampilan selebriti ini telah menginjak setengah abad atau 50 tahun di 2018. Mereka masih terlihat bertenaga dan mempesona. Apa yang lebih mengejutkan, mereka merupakan selebriti yang lahir di tahun 1968 dan menginjak usia 50 tahun di 2018.

Berikut barisan selebriti yang ternyata akan menginjak usia 50 tahun di 2018 dihimpunkan oleh murai.my.

1.Dato’ Bernard Chandran

Dato’ Bernard Chandran dilahirkan pada 27 Februari 1968 merupakan pereka fesyen tersohor di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. murai.my difahamkan hasil karyanya turut memikat beberapa pelanggannya yang berasal dari golongan elit di Malaysia dan Brunei serta dua bekas Miss Universe. Karana itu, Chandran dikenali sebagai “Raja Fesyen” dari Malaysia.

IKLAN

2. Ziana Zain

Lahir pada 2 Mei 1968,Siti Roziana binti Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain. Pencapaian Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995.

Kejayaan tersebut sekaligus mengukir nama beliau di dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis wanita pertama memenangi pertandingan antarabangsa.

3. Noraniza Idris

Ratu Irama Malaysia, Nor Aniza binti Haji Idris lahir pada 27 Ogos 1968. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada 12 adik-beradik.

Noraniza Idris mula berhijrah memakai hijab sejak 2008 selepas sahaja beliau berkahwin kali kedua, Noraniza mengambil keputusan untuk berhijrah kerana impian beliau untuk bertudung sudah lama diimpikan. murai.my merasakan rata-rata ramai peminat gembira dengan penghijrahan tersebut dan mendoakan agar penghijrahan itu kekal.

4. Raja Ema

Siapa yang tak kenal dengan pelakon veteran ini, Raja Ema binti Raja Ibrahim yang dilahirkan pada 26 November 1968. Selain menyanyi, beliau juga merupakan seorang pelakon filem terkenal di era 80an duan awal 90an, antara filem lakonan beliau iaitu Sayang, Mawar Merah, Boss, Queen Control dan Cikgu Romantik.

IKLAN

Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau juga telah berlakon sebanyak 7 filem di Indonesia. Ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon.

Wah! Nampak muda kan? Apa agaknya rahsia mereka kekal muda ya? Nantikan artikel seterusnya dari murai.my untuk dapatkan petua artis Malaysia ini kekal cantik dan nampak muda.