Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi berselfie dengan ikon filem Tamil, Rajnikanth tetapi kali ini di di Kediamanan Perdana Mentiri di Seri Perdana. Najib menulis di Instagramnya;

‘My selfie with my friend Rajinikanth at Seri Perdana this evening’ (Swafoto bersama rakan saya di Seri Perdana petang ini)

Menurut laporan dari Malaysia Kini, Mac tahun lalu, Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bertemu pelakon handalan itu di kediamannya di Chennai.

Sebelum ini, Najib sering mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana sering memuatnaik gambar selfie bersama pemimpin-pemimpin negara seperti Barrack Obama dan Raja Salman.

IKLAN

Menurut laporan portal berita India, The Telegraph, yang menyatakan Najib serta Rosmah Mansor, meminta untuk bertemu Rajnikanth sempena lawatan mereka ke negara itu.

Pelakon Paling Mahal di Asia

Pada ambang tahun baru 2018 ini, superstar itu yang disebut agensi berita BBC sebagai pelakon paling mahal Asia mengumumkan memasuki politik.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry