Hael Husaini Cipta Rekod Malaysia 2017. Tewaskan Fattah Amin

31

Lagu Jampi dari Hael Husaini  baru-baru ini telah diumumkan sebagai lagu domestik yang paling tinggi diputarkan dalam tahun 2017.

Menurut satu klaporan dari NST Online yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) semalam, lagu itu, yang disusun oleh Ezra Kong dan Hael sendiri, mencatatkan jumlah lagu diputarkan dalam talian tertinggi untuk lagu tempatan, pada 3,258,397.

Sementara itu, lagu Wanita Terakhir dari Fattah Amin menjadi lagu domestik terbaik. Manakala lagu Shape Of You, lagu hit oleh penyanyi pop sensasi Ed Sheeran mengambil tempat untuk lagu antarabangsa yang paling tinggi diputarkan dalam talian. Ia mencatatkan 13,879,144 aliran.

murai.my juga difahamkan kehadiran single pertama Hael ini meledak tanpa disangka-sangka. Lagu berkenaan juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 berlangsung Februari depan.

IKLAN

Menurut laporan dari RojakDaily, selepas Jampi, Hael akan muncul dengan karya ciptaan baru untuk artis lain seperti Amira Othman, Datin Alyah dan Ayda Jebat. Malah selepas single Jampi, dia juga dijangka muncul dengan single kedua tahun ini.