Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bosan, Lagi-lagi Shahir! Erra Fazira Kongsi Berita Gembira Untuk Tahun 2018

by Khai Azfar
January 11, 2018
Share on Facebook

Semalam, (Selasa) satu sidang media khas telah diadakan oleh Erra Fazira bagi menjelaskan beberapa perkara yang berbangkit sejak kebelakangan ini termasuk dakwaan mengenai dia bakal menamatkan zaman jandanya bersama penyanyi, Shahir Zawawi.

Bakal Kahwin Pada 9 Februari ini?

Dalam sidang media tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menolak sama sekali mengenai dakwaan kononnya dia bakal berkahwin pada 9 Februari ini. Erra berkata, selagi tiada sebarang pengumuman atau perkongsian daripada pihaknya sendiri mengenai perkara itu maka ianya adalah spekulasi semata-mata.

“Orang luar boleh bercakap dan beri apa saja tarikh untuk tunang atau kahwin tapi semua itu bukan daripada mulut saya sendiri.Semua tarikh yang diperkatakan adalah spekulasi yang bukan datang daripada saya atau pengurusan saya. Selagi bukan daripada mulut saya maka anggaplah ia sekadar angin yang berlalu,”

Tambahnya juga, jika benarlah jodohnya sudah tiba, sudah pasti khabar gembira itu bakal dikongsikan terutamanya kepada para media yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Tiada Kaitan Dengan Shahir

Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai Shahir, Erra sama sekali tidak ada kaitan mahupun mencampuri urusan peribadi Shahir. Menurut Erra, benar kadang kala ada masanya mereka berjumpa namun hanya membincangkan isu semasa dan tidak menyentuh soal peribadi. Bagi Erra, tahun 2018 adalah tahun dimana dia akan berikan 100% kepada kariernya malah jika dia juga terima seandaianya ditakdirkan jodohnya tiba pada tahun ini.

“Shahir adalah Shahir dan berapa kali saya dah cakap stop asking me about Shahir. Dia bukannya suami saya atau apa kerana kami hanya berkawan buat masa ini. Saya harap ini adalah kali terakhir orang bertanyakan saya mengenai Shahir dan kariernya. Namun saya tak menolak, sebelum ini saya ada menasihatkannya yang lepas itu biarlah berlalu. Tahun ini fokus pada karier dan perbaiki segala kelemahan”

Pada sidang media ini, Erra turut mengumumkan bahawa dia kini bernaung di bawah pengurusan MindOrder Management setelah hampir 20 tahun menguruskan segala – galanya sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
erra faziraShahir Zawawi
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara