Pengumuman Elyana pada Gegar Vaganza yang lalu ternyata mengejutkan ramai pihak apabila dia menyatakan kini sedang melawan penyakit kanser Limfoma sejak tujuh tahun lalu dan kini sudah berada di tahap 4. Elyana disifatkan sebagai seorang yang begitu kental meskipun sakit, dia tetap mampu senyum dan tidak mahu rakan – rakan dan ahli keluarga sedih dengan keadaanya itu.

Sudah Tidak Mampu Tahan

Namun semalam menerusi perkongsian Insta Storynya, Elyana sekali lagi meruntunkan perasaan para peminat apabila beberapa status yang dimuatnaik nya menggambarkan dia seolah-olah sudah tidak mampu untuk melawan penyakitnya itu.

Jika sakit dan demam biasa pun sudah lemah dan tidak terdaya, apatah lagi ‘bebanan’ yang ditanggung oleh seorang pesakit kanser seperti Elyana.

Peminat Doakan Yang Terbaik

Menyedari akan status dimuatnaik penyanyi kesayangan mereka, para peminat mula membanjiri ruangaan komen Instagram Elyana dengan memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada Elyana.

IKLAN

Kami di murai.my berharap Elyana akan terus kuat melawan penyakit ini dan diberikan kesembuhan yang sepenuhnya kelak.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry