• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

10 Kejayaan Besar Dato Seri Siti Nurhaliza Yang Dikagumi Ramai

by Khai Azfar
January 11, 2018
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan hari lahir penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza hari ini, pelbagai ‘throwback’ lagu dan kisah penyanyi kesayangan ramai telah ditampilkan semula oleh pelbagai media tempatan.

Bukan itu sahaja, pada hari ini, Siti dan suaminya, Datuk K turut mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Mac ini. Tahniah diucapkan! Untuk itu, murai.my rangkumkan 10 kejayaan besar Dato Seri Siti Nurhaliza yang dikagumi sehingga ke hari ini.

1. Juara Bintang HMI 1995

Bakatnya sejak kecil sudah tidak boleh dinafikan lagi. Bermula dengan hanya membantu ibunya menjual kuih serta didorong oleh kakak ipar dan abangnya untuk menyertai Bintang HMI 1995siapa sangka sejak itulah nama Siti Nurhaliza mula bergemerlapan hingga kini. Menjadi juara Bintang HMI 1995 adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupai Siti kerana disini jugalah beliau mengenali Allahyarham Adnan Abu Hassan yang mengilap bakatnya.

2. Voice of Asia

Kejayaan merangkul hadiah Grand Prix di pertandingan Voice of Asia oleh Siti Nurhaliza membuktikan penyanyi tempatan mampu memberi cabaran di pentas antarabangsa. Siapa sangka lagu bercirikan kemelayuan, Nirmala dan Purnama Merindu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza telah menobatkan Siti sebagai Voice of Aisa pada 2002

3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival

Sebelum menempa sebagai Voice of Asia, Siti terlebih dahulu membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999.

4. Lebih 200 Anugerah Dan Penghargaan Dari Dalam Dan Luar

Boleh dikatakan hampir semua pertandingam yang tercalon nama Siti Nurhaliza, pasti akan terselit namanya untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan. Buktinya Siti kini telah mendapat lebih dari 200 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Salute!

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-"Kita Ini Insan Yang Kerdil..."

5. Catat Nama Di Dalam Malaysia Book of Records

Gambar Ihsan TheSunDaily

Bukan satu tapi dua rekod Malaysia telah dicipta oleh Siti Nurhaliza sekaligus melayakkan namanya tertulis dalam Malaysia Book Of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London dan rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist)

6. Lebih dari 250 Lagu Terhasil

Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.

Siti Nurhaliza kini merupakan antara artis yang paling berpengaruh dan telah diundi lebih dari 10 kali berturut-turut untuk kategori artis serantau paling popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula tahun 2001 sehingga kini.

7. Royal Albert Hall

YouTube video

Memegang rekod sebagai artis Malaysia pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London bukanlah satu perkara yang biasa. Ini kerana Royala Albert Hall adalah satu pentas berprestij dunia dan sepanjang Siti membuat persembahan disini, ianya Sold Out!

8. Persembahan Di Hadapan Queen Elizabeth

https://youtu.be/-KeGK83_jgo

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Sehingga kini, saat itu sangat manis dikenang!

9. Muslim Paling Berpengaruh

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tahun lepas, Siti turut berkongsi satu lagi khabar berita yang disifatkannya sebagai satu lagi rezeki dimana beliau telah tersenarai sebagai antara 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Malah ini adalah tahun ketiga beliau tersenarai dalam rekod yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan

10. Datuk, Dato Sri Dan Biduanita?

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Kerana pencapaiannya yang terlalu membanggakan, Siti Nurhaliza bukan sahaja menerima anugerah yang pelbagai malah institusi diraja turut mengiktiraf pencapaian Siti dalam mengharumkan nama negara. Selepas dikurnikan Datuk dan Dato Sri, nama Siti Nurhaliza antara yang disebut-sebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

datuk seri siti nurhalizasiti nurhaliza
https://lomp.at/bcvnw
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam?

by Ayden Mikhael
May 5, 2019

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit serta pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun...

Read moreDetails
Inspirasi

Selepas 9 Tahun, Akhirnya Siti Nordiana Bersedia Dedah Punca Penceraian

by Phic ARMAN
September 10, 2018

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga...

Read moreDetails
Inspirasi

[GAMBAR] Kacak & Jelita! Kenali Abang Ummi Nazeera, Dato Nazreem Musa

by Khai Azfar
July 6, 2018

Jika kita bercakap mengenai pelakon Ummi Nazeera tak dinafikan dia sememangnya cantik dengan gayanya tersendiri! Namun suka untuk kami 'siasat'...

Read moreDetails
Inspirasi

Ramai Merindui 4 Bekas Pembaca Berita Jelita Ini, Ada Yang Bergelar Puan Sri

by Zaidin Albert
February 8, 2019

Selain intipati yang penting dan menarik, wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton. Hal itu...

Read moreDetails
Inspirasi

Setelah 13 Tahun Bersama, Apa Pesanan Aidil Marcello Kepada Isteri ?

by Ayden Mikhael
May 6, 2018

Rumah tangga personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik sudah memasuki usia 13 tahun dan setiap kali ulang tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore