Aktor Muslim Asia pertama untuk Golden Globe, Aziz Ansari telah dituduh mencabul seorang  jurugambar berasal dari New York.

Tidak mendedahkan nama,  wanita in memberitahu kepada sebuah blog bernama Babe,  mendakwa telah bertemu Ansari di sebuah parti selepas Acara Emmy pada musim luruh lalu di Los Angelos.

Mereka kemudiannya bertukar nombor, yang membawa pasangan ini ke Manhattan kira-kira seminggu kemudian. Wanita itu berkata temujanji itu bermula dengan normal, seperti makan malam di bar luar, namun ketika mereka pergi ke apartmen Ansari selepas itu, sesuatu perkara yang tidak diingini telah berlaku.

“Dalam satu saat, tangannya berada di payudara saya,” kata wanita itu.

IKLAN

“Selepas 30 minit, saya bangun dan bergerak kemudian dia mengikuti saya. Dia memasukkan jari-jarinya ke kerongkong saya.”

Ketika wanita itu menolak untuk melakukan apa-apa hubungan seksual pada malam itu, Ansari dilaporkan mendengar pada mulanya, tetapi tidak lama kemudian memilih untuk terus berdegil.

“Dia duduk dan menunjuk kemaluannya dan menyuruh saya tunduk ke arahnya. Dan saya lakukan. Saya fikir saya berasa sangat tertekan. Itu benar-benar perkara yang paling tidak diduga yang saya fikir akan berlaku pada masa itu kerana saya memberitahu dia saya tidak selesa, “katanya.

Dia berkata, selepas menghabiskan beberapa minit di bilik mandi, dia memberitahu Aziz bahawa dia berasa tidak selesa. Dia juga terus menciumnya secara agresif sebelum dia akhirnya meninggalkan rumah:

Saya menangis seluruh perjalanan ke rumah. Pada ketika itu, saya rasa seperti dianaiya.

Dalam sebuah video screenshot telefon bimbit yang diambil oleh Babe, Ansari didakwa menghantar mesej kepada wanita itu pada hari berikutnya untuk mengucapkan terima kasih kepadanya untuk malam yang “menyeronokkan”.

IKLAN

“Malam tadi mungkin menyeronokkan untuk awak, tapi bukan untuk saya,” jawabnya. 

Kepada yang tidak mengenali siapa Aziz Ansari. Aziz baru sahaja memenangi kategori aktor terbaik untuk kategori siri musikal/komedi TV dalam komedi Master of None yang disiarkan Netflix. Siri ini berkisah tentang seharian wargaNew York. Aktor kelahiran South Carolina, AS, 34 tahun ini menyingkirkan sejumlah nama yang sudah terkenal di dunia hiburan.

Sumber Babe