Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti wanita dan sering memberi motivasi kepada anak muda untuk berniaga di media sosial.
Nur Sajat kini memiliki syarikat perniagaannya sendiri yang mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan yang bernama NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD. Namun, sehingga kini ramai pihak yang keliru dengan status jantina dirinya yang dikatakan lahir sebagai seorang khunsa.
Kini Nur Sajat semakin popular, lagi-lagi kisah hidup peribadi sudah diketahui oleh pengikutnya kerana dia sering memuatnaik gambar dan video di Instagram. Dengan memiliki pengikut melebihi 1 juta orang, ramai yang mengidolakan dirinya kerana dia tak pernah berputus asa dalam perniagaan namun malangnya tak semuanya yang menyukainya.
Ada yang lebih suka menyentuh hal negatif untuk mengecam wanita ini dan tak kurang juga yang mahu Nur Sajat segera bertaubat.
Seperti Brader ini yang bersungguh-sungguh mahu Nur Sajat ditangkap oleh Jabatan Agama Islam dengan menghubungi sendiri Menteri, Dato Seri Jamil Khir berhubung isu Mak Nyah.
Apa agaknya masalah lelaki ini sampai nekad telefon menteri untuk tangkap Nur Sajat? Adakah Nur Sajat pernah menolak cintanya sebelum ini?
“Aku dah report Menteri pasal Sajad Pondan! Rakaman perbualan Aku dan Menteri di Jabatan Agama Dato Seri Jamil Khir sebentar tadi berhubung isu Muhammad Sajjad BIN Kamaruz Zaman Mak Nyah. Terima penjelasan Menteri dan kita harap tindakan segera dapat diambil untuk membanteras gejala sumbang yang dibuat oleh Sajad dan juga geng nya.”
Dengar perbualan dalam video di bawah, nampak nekad betul Brader ni!
Berikut antara beberapa perkara yang Brader ini tak puas hati dengan Nur Sajat
- Mengapa Nur Sajat tidak di tahan oleh JAKIM
- Nur Sajat bebas bergambar bersama teman lelaki dan dukung anak. Kenapa tiada tindakan?
- Nur Sajat mengaku nak berkahwin di media sosial. JAKIM perlu pantau.
- Menuduh JAKIM tidak tangkap Nur Sajat kerana dia seorang yang kaya dan berduit.
- Ramai lelaki lembut mula mengidolakan Nur Sajat.
Betul-betul prihatin Brader ini tentang isu Nur Sajat ni. Boleh dilantik presiden basmi Mak Nyah sedunia pada pilihanraya akan datang. Gurau jerr!
Banyak lagi isu yang boleh diketengahkan oleh Brader ini pada JAKIM, isu khalwat yang berleluasa di kawasan terbuka, kelab malam yang dibuka 24 jam dan banyak lagi. Tapi kenapa Nur Sajat yang dia beri fokus ya? Mungkin ini sebabnya.
Punca Ada Spesis Macam Brader Ini?
Jika dilihat pada cara lelaki ini bertutur, murai.my dapat meneka, semestinya brader ini bukanlah berbangsa Cina, India atau Kadazan. Ternyata orang Melayu sebangsa dengan Nur Sajat. Inilah antara jenis-jenis orang melayu yang terdapat di muka bumi yang anda harus jauhi.
Cepat Menghukum
Salah satu sikap orang melayu yang jelas terpancar dalam perangai brader ini adalah cepat menghukum. Orang melayu suka sangat menghukum dan memandai-mandai tentang sesuatu perkara. Suka memandang sesuatu dari sudut yang negatif dulu barulah dia fikir positif.
Tindas Bangsa Sendiri
Kerosakan yang berlaku pada bangsa melayu adalah disebabkan orang melayu sendiri. Kalau orang melayu naik, golongan ini sanggup lakukan apa saja asalkan dia capai hasrat dia.
Macam kes brader ni sanggup telefon Menteri semata-mata mahu lihat seorang ahli perniagaan seperti Nur Sajat jatuh. Sedangkan Nur Sajat tak pernah ganggu hidup brader ni. Get Your Life Bro!
Tuduh Menuduh Dah Jadi Hobi

Lihat Dari Aspek Positif Bukan Negatif

Jangan jadi orang melayu bila dengar kejayaan orang, akan cepat ada cerita-cerita tak enak di belakang. Contohnya bila Nur Sajat dah berjaya jadi usahawan malah semakin tiba-tiba muncul pulak spesis macam ni nak jatuhkan dia. Sampai bila orang melayu nak maju agaknya!