Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

JAKIM Campur Tangan! Nur Sajat Anggap Pemilik Gym Simpan Dendam

by Khai Azfar
January 16, 2018
Share on Facebook

Kadang kala kasihan pula kami melihatkan pada usahawan yang juga pemilik Nursajat Aesthetic Sdn Bhd, Nur Sajat Kamarulzaman yang boleh dikatakan ada sahaja topik yang netizen ingin kecam. Sama seperti Datuk Seri Aliff Syukri, jika dahulu Sajat yang akan mudah sentap dengan pelbagai tohmahan dan cacian netizen, kini dia semakin matang dan mampu menanganinya.

JAKIM Mahu Berjumpa Sajat

Terbaru, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof yang juga banyak mengendalikan kes berkaitan LGBT menerusi Facebooknya telah menulis sebuah surat terbuka yang ingin bertemu dengan Sajat.

Hasrat itu telah disuarakan setelah mengambil kira pelbagai berita sensasi sejak kebelakangan itu yang melibatkan Sajat dan beberapa orang usahawan ternama lain. Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat tersebut.

Netizen Hubungi Dato Seri Jamil Khair

Kami di murai.my percaya segalanya bermula dengan seorang netizen yang dikenali sebagai Sir Azri yang dilihat telah merakam beberapa rakaman video berkenaan dia menghubungi Dato Seri Jamil Khair berkenaan usahawan itu. Malah dia turut menyifatkan Sajat seperti terlalu menunjuk-nunjuk dan turut menulis ‘#operasibanterassajat’ di Instagram nya.

Sajat Bakal Ambil Tindakan

Menyedari akan hal tersebut, Sajat turut membuat kenyataan balas di Instagram nya dan menyatakan bahawa individu tersebut seperti cemburu akan kejayaannya dan dalam masa yang sama cuba memburukkan nama baik dia dan keluarga.

[VIDEO] "Tapi Kalau Takde Orang Datang Aunty Jaa Sedih, Datang La..." - Suka Dessert Beri Hampir 10K Croissant Percuma Jumaat Ini

https://www.instagram.com/p/Bd_X6kgnNa7/?taken-by=nursajat02

Tidak akan berdiam diri, Sajat turut memberitahu akan mengambil tindakan dan bersedia untuk berjumpa dengan pihak JAKIM sekiranya ia dilakukan secara berhemah

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jakimLGBTnur sajat
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara